Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Eidul Adha


Salam Eidul Adha buat semua teman yangmeraikan hari besar umat Islam.. ucapan didahului dipagi hari ini sebelum aktiviti dan amalan lanjut dilaksanakan... akak ni pagi lagi dah terjaga... setelah solat dan amalan harian jenguk kejap hubungan maya antara dengan kawan-kawan sekalian... oleh kerana cuti raya sehari je... kan ke best kalau dapat cuti umum lagi sehari seperti sambutan Eidul Fitri... eidul adha ni pun hari besar juga kan! kali ni sambutan secara sederhana ... dahulukan yang wajib kemudian yang sunatnya... semalam anak saudara ramai yang berpuasa ... Alhamdulillah...jadi pertanyaan pula pada HS... mak ada orang puasa ya hari ni!  Bagus juga ni budak kecil ni dah didedahkan secara tidak langsung oleh kakak-kakaknya tentang amalan ibadah mereka...tahun ni mak tak berkesempatan untuk berpuasa.. insyaallah Allah panjangkan umur untuk ibadat tahun hadapan ... teringat kawan akak ni yang dikejarkan ke hospital Jumaat lepas kerana low blood dan denyutan jantung laju... dia berpuasa .. mungkin tak selera semasa berbuka ... semoga dia terus sembuh..

Semalam selepas check out dari Fraser Hill kami ke Negeri Sembilan melalui jalan turun ke Raub dari Gap FH... maaf kalau silap cakap jalan ni je yang akak ingat... masa tu mengantuk sangat.. ke Teras, ke Bentong, ke simpang Chimomoi, Simpang Pelangai, Simpang Durian, Serting dan terus ke Kuala Pilah untuk makan tengahari .. dah petang pun ...sebelum tu solat di masjid Jempol ni.. favourite persinggahan kerana suasana masjid yang !!!! sukar digambarkan... bersih cantik dan damai kerana ada ahlinya yang sangat rajin bergotong-royong menjaga masjid dan kawasannya.. serta bunga-bunga aja yang ada disini ... sebelum ni akak ada up entri mengenai bunga kat masjid ni

sebelum masuk masjid kami disambut mesra oleh bunga-bunga ni...gebu dan rimbun..hmm tak boleh nak snap banyak-banyak .. ahli rombongan dah lapar...tak sabar nak makan mi Brahim kat KP..





 tahun ni tak buat rendang juga... tak pe nanti kita ziarah mak sedara yang buat rendang ya.. akak buat sambal ikan bilis je.. nanti boleh makan dengan pulut atau lemang... semalam nak beli lemang.. dah habis pula .. tak dapat nak tunggu trip ke dua... laku sungguh lemang di Pilah...

Kami singgah makan kat sini..favourite spot org KP

Singgah sekejap ke port jualan lemang kawan En Bos..dah habis kena tunggu 2nd trip...
Selamat hari raya eidul adha semua...

3 ulasan:

  1. selamat hari raya kak mar..nampak masjid tuh cam familiar jer ..tp tak tahulah yg sama ker tak..
    haaa..sedap nampak lemang tersusun..hehe

    BalasPadam
  2. selamat hari raya jugak yer..
    Kita pun tak melemang bagai.. smlm nak beli lemang kat tepi jalan, tapiiii ramainya tunggu giliran, aleh2 dah balik umah tu segan nak kuar dah, terus tak jadi makan lemang.. pagi tadi nampak gerai lemang pun dah macam tak beroperasi pun.. gamaknya bukak sehari je kot khas untuk hari raya.. kan

    BalasPadam
  3. selamat menyambut aidul adha buat k mar n family...

    BalasPadam