Khamis, 7 November 2013

Buah sulung dan tuaian warna warni Maal Hijrah 1435

Tuaian minggu lepas-belimbing buluh, sebiji bendi emas...roselle yg terlampau matang, dan bunga telang..ada lagi terlupa nak snap... nanti kalau ingat snap juga   sebab ada lagi buahnya.... hmmm kedondong sedap... malam tadi buat ulam sebab dia rangup dan lemak masam manis!!!

Anak impatiens nampak teguh dan ceria

Buah sulung belimbing buluh.. akhirnya menjenguk dunia juga ya....sabar menanti kami semua he he.... 

Rose Jepun warna terbaru...


Pegaga lagi... dah tegap..minggu depan pindah ke tanah...yang beli kat pasar tani Sabtu hari itu

Kotak herba... pudina dah lama pergi semasa hari panas dulu...setelah pegaga gajah dikeluarkan daun kunyit semakin galak berdaun... saiz boleh tahan!! Anak lemon Sogo meriah berdaun berbanding kawannya yang lagi... dah togel sebab sepasu dengan roselle... mengalah dengan roselle le tu...terselit dalam  planter box ini  juga ialah sulur yellow walking iris

Yang tidak diduga anak pisang kaki.... muncul semula selepas beberapa hari hujan lebat... baka korea ke atau baka mediterranean wallahuaalam...seronok gak dia boleh tolerate cuaca Malaysia ni... hari panas dorman dalam tanah ya!

Timbunan pokok bunga telang generasi kedua...clearing sebab En Bos bising... habis kemuning kesayangannya lenyap dari pandangan... dia takut kemuning merajuk.. sesi pruning apa yang patut termasuklah serai ni... minggu depan nasib petola pula.... ya petola... minggu ni akan ada sesi tawar hati dan keras hati...perlu hilangkan petola dari pandangan demi kebahagiaan orang yang disayangi... 

Kuning berseri..rose jepun yang cinonet.... tidak ada spesis giant. Pukul 11 layu la...

Oxalis kuning... bunga yang sangat kecil hidup meliar...

Rose jepun giant putih... 

Cinonet gak  ...  dua kuntum je.... atau meriah masa kami tiada di sini

Dah cantik sikit zinnia ni... sebelum ni petalnya melidi je..

Disangkakan kali ini rossele tiada pengacau...meleset...besar-besar... besar ni geli juga nak tenyeh dengan jari... apa lagi tenyeh guna kaki le.... kalau biarkan satu satu pokok dalam laman ni jadi mangsa...

14 ulasan:

  1. salam,,seronok tengok hasil tuaian org,,banyak betul bunga telang tu,,leh wat nasi kerabu hehe..
    kedondong wat ulam ke kak? sy belum try lagi,,sedap yer..

    belimbing buluh dan kedondong masih dalam list pokok yg belum di tanam,,dh semai biji tak tumbuh,,kena cari anak pokok lah pulak..

    BalasPadam
  2. cantik rose jepun tuh k.mar..zinnia akak ade lg yer, sy nyer br nak tanam jer..

    BalasPadam
  3. k.mar berapa lama tunggu belimbing buluh tu nak berbuah?

    menjadi la jugak zinnia k.mar..sy usah kan melidi..batang pokok pun tak muncul!

    BalasPadam
  4. Pokok belimbing buluh tuh ambik masa berapa lama ye nak berbuah K.Mar? saya tanam dalam pasu...baru sejengkal hehehe

    BalasPadam
  5. Byk2 pokok2 tanaman kak mar.zinnia sya brunk kuar bnga kak..tiap2 ari duk belek bunga tu je kejenya..hehe

    BalasPadam
  6. Cucubulat ...waalaikumsalam...tq join akak kt sini...terjah je akak ulamkan kedondong tu.... sedap sebab dia crunchy..belimbing buluh ni yg tanam fil... dari benih ... lama juga nak berbuah... baca blog apaadadengsn aidaawi ...letak nasi sejuk... nasi yg lebih yg tak makan.. jgn buang.. gunaksn semula jadi baja...

    BalasPadam
  7. salam k mar, byk nmpk bunga telang tu...nk buat apa agak2 tu k mar?

    BalasPadam
  8. Adriana.. sepesen la kita memang duk
    belek bila la nak berbunga..

    UA...Rose jepun warna warni..kalau ada kaler lain mesti nak tambah koleksi..zinnia tu dah macam selfseeded...

    Lynna..makan tahun juga ni... 3 thn kalau tak silap..

    @na.. waalaikumsalam.. akak ulam dan buat jus biru..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, seronok kan kak tengok hasil2 nya :)

    BalasPadam
  10. Mak suka buat pulut sekaya(seri muka) guna bunga telang jadinya bahagian pulut kat bawah tu berwarna biru dan kepala bahagian atas tu berwarna hijau.

    BalasPadam
  11. masya Allah kak mar.meriah sungguh. puas hati tgk kan. jeles kat belimbing buluh tu.

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum k mar.
    cantik betul rose jepun..warna bercampur.

    BalasPadam
  13. Yes akhirnya berbuah juga belimbing buloh tu ya. Kumpul tenaga nak berbuah tu agaknya Kak Mar. Mama Diana kata pokok belimbing bulohnya baja sendiri . Selalu lebat tak termakan dibiar jatuh mereput kembali jadi nutrient .

    BalasPadam