Puas hati dapat snap hydrangea aka kembang tiga bulan aka bunga siti zubaidah ni... masa ke Dataran FH hari tu ni dia orang tak habis-habis posing kat jam di roundabout tu...sebabnya si Afikah baru first time naik FH... akak undur diri dan berleluasa menghabiskan masa membelek hydrangea ni... tak pernah jemu dengan bunga ni.... pernah berikan keratan bunga ni kat kawan ofis dan dah membiak-biak... yang akak punya pula pupus... minta dia bawa kat ofis bila dia buat pruning asik lupa aje.. saying sebab dia buang aje keratan tu....hingga la dia pencen.... melopeh akak.... kena beli la gamaknya... akak tahu baka pemberian akak yang diwarisi dari arwah MIL masih subur kat rumah dia.... selalu je dia cerita pokok ni serasi di rumah dia.. macam buruk siku pula ya minta keratan tu kat dia...he he... bila la nak tanam pokok ni.. yang beli dulu tak menjadi juga... lokasi depan rumah di KL tu tak sesuai untuk pokok ni kut...
ps ..tak sabar nak balik KL ni nak tengok bunga harum sundal malam dalam proses nak mengeluarkan bunga...
betul la k.mar..sekarang da susah nak jumpa pokok ni...mak sy ada tanam..tapi pupus..tak sesuai panas agaknya
BalasPadammolek bunganya! teringin nak tanam
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamMak Aji pun suka sangat bunga ni! Teringat Ina Garten yang tanam kat laman dia, warna bunganya leme green. Bila dia ambil semua bunga tu buat gubahan, punyalah cantiknya! Mak Aji punya dok mengeram tak nak berbunga2 lagi. Kena boh baja bungalah agaknya.
Antara bunga kesukaaan saya juga. Pokok yg berasal dari kampung selalu je keluar bunga berbanding yg dibeli dari nurseri sbb biasanya yg dijual tu dtgnya dari CH. Berbunga masa balik dari nurseri je, lepas tu merimbun tapi bunga tak keluar pun. Di Penang Hill ada yg bunganya dark maroon gitu. Rasanya sebab cuaca sejuk. Pkk saya yg asal kg tu dari biru ada merah jambu sikit bila bertukar tanah.
BalasPadamassalammualaikum Mar.
BalasPadamcantik bunga ni. bab memberi keratan bunga pd.orang secara percuma kena berhati hati. Saya pun pernah melalui perkara ini. Tanam bunga rose putih terus atas tanah, hidup subur dan besar pokok nya,4 tahun pokok tu hidup merimbun dengan bunga yg.banyak, entah tetiba ada saudara terdekat minat bunga ni, dia asyik puji2 pokok tu tapi dia tak minta pun, saya terus kerat ranting yg.saya kira boleh hidup utk.dia semai, selang beberapa minggu pokok tu semakin layu dan mati..tak bersebab. Bila tanya emak, emak kata petua bagi bunga kat orang, jangan beri kalau dia tak minta,kalau ada yg.minta dan kita nak beri, beritahu pokok kita tu..yg kita nak minta ranting dia nak sedekah kat kawan, minta pokok bunga tu izinkanya..selalulah bercakp dengan pokok2 bunga yg.kita sayang, kononnya itu psikologi utk.pokok..nak tahu kebenarannya boleh cuba..hehehe..tapi jangan sampai ditertawakan huby yg.dok perhati nanti dia ingat dah biul...hahaha.
cantiiiik nyer k mar....mmg suka sgt bunga ni...tp tnm tk penah menjadi...betui la kat tiny garden tu...masa kat nursery bunga merimbun, pastu bw balik...togel!!!
BalasPadamSaya pon suka bunga hydrangea ni....tapi belom pernah cuba tanam lagi....;)
BalasPadamcantik bunga yng ini lah !
BalasPadamBunga kegemaran..wah..byk2 nya...dan gemuk2...dulu ada mak tanam..sya suka tgk bnga dia berkembang jambak2 mcm tu...cantik...
BalasPadam