Jumaat, 15 November 2013

Tuai timun tikus sebelum ke Fraser Hill

Hari tu sebelum mencari kambing untuk barberque di pasaraya untuk dibawa ke Fraser Hill kami breakfast di kedai favourite En Boss dahulu ternampak kat situ pokok buah ni... dalam hati berkata-kata timun tikus ni...... kami breakfast dulu... lepas tu akak mula menjejaki pokok ni... ooo banyak buahnya... minta izin dengan makcik kedai... ambillah katanya... liar tu katanya lagi... 


Inilah hasilnya .. dapat segenggam... ada yang lembut ...yang warna yg gelap tu ..


Yang muda warna terang ..bila dimakan crunchy...memang ada rasa timun



Kat sini tanahnya subur sebab dah bertimbun hampas teh tarik menjadi suapan tumbuhan.... apa lagi tumbuhan liar... akak selamba je kali ni snap pokok-pokok ni kat sini.. pakcik-pakcik customer kedai ni mesti tertanya-tanya apa objektif saudari ni ya.. snap semak-semak yang ada kat belakang kedai ni...


Banyak sungguh buahnya... geram melihatnya...menurut En Adry tumbuhan ni hampir pupus...harap-harap burung-burung di kawasan ni sudi membiakkan tumbuhan ni di serata tempat di sini.. tengah tunggu yang hidup meliar di Seremban menghasilkan buah...

11 ulasan:

  1. masam x buahnyer timun ni makk..ahHKs

    BalasPadam
  2. mcm pokok liar yg dok panjat pagar umah kitorang jer k.mar pokoknya..

    BalasPadam
  3. reseki kak mar. terliur pula macamm tgk buah kedondong

    BalasPadam
  4. Mmg susah nak jumper timun ni skarang, stuju sgt dgn en edy tuk biakan pokok ni..

    BalasPadam
  5. tak pernah pulak saya jumpa timun jenis ni..
    bole buat ulam ke k.mar...

    BalasPadam
  6. salam k mar, apa rasa timun tikus ni k mar...pahit tak?

    BalasPadam
  7. Wak..rasa timun jer..masam kena makan mangga muda...

    BalasPadam
  8. UA... kalo gitu.. tunggulah dia berbuah..

    Awin...buahnya comel2.. kedondong besar lagi... nanti K Mar up pasal buah kedondong... risau pulak Mak Yong kempunan buah kedondong..

    BalasPadam
  9. Kak mar..sya suka buah ni..kak mar takde anak benih dia ke?tak tau plak sya boleh dimkn timun ni..

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Salam kak rokiah sy nk Beli pokok timun ni blh tk whatsap sy 0125153607

      Padam