Sabtu, 7 Disember 2013

Allah selamatkan kami semua..

Pagi yang dingin... foto dalam perjalanan dari Cherating ke Gambang untuk menghadiri sesi pentauliahan anakanda Siraj di UIA Gambang baru-baru ini... dua tiga hari ni dikejutkan dengan banjir besar dipantai timur terutamanya di Kuantan... pasti suasana dalam foto ini sudah tidak wujud lagi... semoga penduduk yang ditimpa musibah selamat dan dalam penjagaan Allah sentiasa... semoga mereka terus bersabar menghadapi musibah musim tengkujuh ini... sedih juga sudah ada mangsa yang terlibat meninggal dunia..begitu juga di Kemaman.. semoga Nadia sentiasa didalam lindungan Allah juga.. iktibar untuk kita yang sedang menghadapi musim tengkujuh yang dingin dan cuaca yang tidak boleh dijangka ini.. semoga kita sentiasa beringat dan berhati-hati .. sentiasa juga berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan agar tiada bencana tengkujuh melanda pusat kota KL khususnya dan seluruh Malaysia amnya.. semoga anakanda Ika yang berada di Gambang sejahtera adanya dan dapat meneruskan pengajian dengan tenang tetapi tetap berhati-hati dan berwaspada.. amiin..amat bersyukur juga kerana semua urusan kami di Kuantan selesai sebelum musim ini... rekod kali ini 3 kali berulang-alik ke Kuantan dalam masa sebulan... 

2 ulasan:

  1. Banjir tahun ni, bumi kuantan tercabar, airport tenggelam kalau tengok di media tu. Semoga Allah lindungi Malaysia dari segala bala petaka.Sabarlah.

    BalasPadam