Begitulah adanya perjalanan hidup ini... pertemuan singkat dari minggu ke minggu sahaja dengan segala yang disemai dan dalam proses pembesaran dan juga yang dalam proses memberikan hasil.. kali ini laman baru dapat diperhatikan pagi ini.. Sabtu semalam yang memenatkan kerana tuntutan tugas organisasi ... tiba disini selepas maghrib.... kadang-kadang penantian enam hari seminggu serasa macam membebankan gara-gara hendakkan masa untuk membelek anak-anak angkat yang ada di laman...
Limau kasturi - anak pokok yang dibeli lebih awal dari anak kedondong.. semasa membeli beberapa bulan yang lepas banyak putiknya dan sudah tuai... waktu itu malas nak rekod tuaian buahnya kerana bukan akak yang tanam... pusingan kali ini diabadikan sebab dibawah penjagaan akak... ha ha hanya 2 biji yang berputik... apa-apa pun mesti bersyukur apa yang diberi.. mungkin musim tengkujuh menyegarkan pokok limau ni..banyak juga pucuk yang terjah keluar melihat dunia... semoga kamu subur wahai calamansy ku
putik 1
putik 2
sape tahu bunga apa ni?
Portulaca aka RJ yang muncul dua tiga kuntum sahaja
kumpulan impatien yang galak berbunga... daun kedondong pun nak entaframe juga...
setiap kali basil muncul dilaman pokok ini tidak dapat hidup dengan aman.. ada sahaja yang mengacau... nak buat macam mana dah kitaran hidupnya begitu.. dapat tumpang rasa sikit-sikit je pun dah syukur.. begitula rupanya ... kutut-kutut daunnya
tertanya-tanya juga kenapa betik ni jadi begini.. adakah panas yang melampau walaupun seketika dimusim tengkujuh ini memberi impak yang negatif pada kamu... pandang aje la... tak tau nak buat apa lagi...
betik dilokasi sebelah sini pun begitu juga... pucuk mula tidak sihat
ahh.. bendi singa yang rebah ... wallahuaalam penyebabnya... pokok tinggi sangat ke dan tk seimbang dengan polybag yang comel tu... angin kuat ke atau dilanggar sesuatu..
daun baru petola sudah muncul dan perlu disekolahkan ke laman sendiri.. no more laman sebelah ya.. dalam semak petola ni ada kacang botor... dah tersorok la tu!
kesian petola ni tak sempat kering dipokok sendiri kerana keperluan untuk mengemas pagar sebelah.. buah kenangan yang terakhir yang memberi banyak pengajaran suka dan duka kehidupan... duka kerana kekurangan diri dan bukan nawaitu untuk bertindak sedemikian.. suka kerana petola meriah dengan buah-buahnya yang segar dan comel dan gedabak juga..
terima kasih kawan - kawan yang seangkatan yang sudi singgah dan tak jemu dengan upadate-upadate tanaman yang tak seberapa ni.. al maklumla kekangan dari segi keluasan laman dan kekangan masa untuk mengemaskini laman...
salam, bestnyer...mcm2 ada kat laman k mar ni...
BalasPadamsuka tgk orang rajin berbudi pada tanah ni... kumpul semangat nak berkebun juga bila balik nanti :)
BalasPadamMmg byk tanaman kak mar..suka snggh ke sini sbb byk tumbuhan,bunga dan gambar cecntik :)
BalasPadam