Jumaat, 27 Disember 2013

Entri Jumaat terakhir tahun 2013 - Masjid Selat

Salam Jumaat.. nak juga berentri pada Jumaat yang penuh barokah ini ..Jumaat terakhir pada tahun 2013 ini... since ada berfoto di masjid maka sesuailah hari ini entri pasal foto dan cerita yang seangkatan dengannya di masjid... Masjid Selat diberi nama... gah dibina nun di Klebang sana..

pertama kali melihat kewujudan masjid ini melalui entri blog Wak Gelas... foto - foto yang osem dalam blog tu... kami singgah di sini selepas check out Bayou Lagoon Resort Park di Bukit Katil... jenuh bekerja siang malam di sana akhirnya kami pulang jua.. alhamdulillah En Bos sudi meluangkan cuti meneman akak disini bersama dengan HS... anak-anak yang lain bertungkus lumus untuk semester akhir dan juga yang akan menghadapi final exam untuk semester kali ni... mak doakan kalian berjaya..
sebenarnya tiada nawaitu singgah disini..selepas check out kami ke Umbai untuk lunch kerana lunch kat resort tak menarik selera... Umbai mula buka kedai pun lewat petang... nak pergi ke Mak Limah Asam Pedas di Pengkalan Balak rasanya dah habis.. untuk replenish balik tenaga yang terdekat adalah makan nasi lemak di Klebang Coconut Shake... sebelum makan usaikan urusan solat dulu... alhamdulillah dapat masuk dan solat di masjid ni... sebenarnya malam sebelum Jabatan ada buat lawatan ke bandar Melaka dan melawat masjid ni adalah agenda kedua selepas River Cruise dan singgah sebentar di Bandar Hilir... hari dah malam semua kepenatan tengok masjid dari dalam bas je... 

keliling masjid yang damai dan ramai pelancong asing datang ke sini...


kabonya masjid ni diatas tanah yang ditambak...



kenangan akak disini membantu pelancong dari China memakai tudung dan jubah untuk masuk ke masjid.. tak terlintas pula nak berfoto dengan dia sebab nampak dia terkial-kial nak pakai tudung... dia  pula yang minta akak tolong ikatkan tali jubah... teman lelaki tunggu di depan masjid... ada seorang pengawal yang direct depa ni untuk pakai pakaian yang telah disediakan.... sebahagian dari dakwah jugakan... lain-lain binaan seni disini tak sempat nak belek sebab kami semua dah lapar :)

ada bahagian untuk kanak-kanak juga even ada beberapa unit kerusi urut GINTEL di sini.. murah dari airport Langkawi...RM3 vs RM 1 untuk 3 minit dan 5 minit kalau tak silap 
snap foto HS ni dia tak perasan he he... melaram dengan baju beli malam sebelum di Bandar Hilir .. nak juga baju I love Malacca... akhirnya baju dengan hiasan kapal..dan dengan warna favouritenya... jadilah untuk kenang-kenangan... nak juga guna sarung lengan tu... untuk sekolah dah guna dah... merengek-rengek nak beli masa di Langkawi minggu sebelumnya
credit kepada KM yang sebelumnya kerana menaikkan imej dan aktiviti pelancongan di Melaka.. signage yang terang dan jelas dan well maintained... sepanjang River Cruise banyak mural menghiasai belakang bangunan dan cantik-cantik belaka... tak kurang juga Kg Morten yang mendapat sponsor bekalan elektrik untuk aktiviti pencahayaan ditebing sungai...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan