Khamis, 12 Disember 2013

Fraser Hill - strawberry farm

Foto yang masih belum basi kut! Kunjungan yang ke ?? berapa kali entah.. kali ini dapat masuk ke satu-satunya strawberry farm yang ada kat sini ... yang menarik perhatian dari luar bukanlah strawberinya.. kami tak beli  pun ... tetapi sayur-sayur ni yang gebu-gebu dalam anggaran sebesar pemeluk... sangat subur... pengusaha yang peramah siap bagi emel lagi jika ada info mengenai penanaman diperlukan... sebabnya akak suka tanya... siap beri emel lagi.. horticulturemalaysia@gmail ... sekadar mengingat kembali.. belum catat kat mana-mana lagi.. harap-harap emel ni betul... setakat ni belum lagi menghubungi pengusaha farm gigih ni...
 farm yang sedang-sedang aja saiznya.. biasala bila masuk sini bau yang tak enak adalah bau baja! mereka ni gunakan baja tahi ayam... dahlia yang gebu-gebu dan lili afrika yang besar kepala kita pun ada ... kat sini akak pekenala sepasu pokok dahlia purple.. malangnya asik kena tinggal dan siteruna yang menjaga rumah ni nak menyiram bagai pahat dengan penukul .. harus diingatkan selalu.. dan juga beli la ubi dahlia yang pelbagai warna... sadisnya setakat ini akak tak gigih membelek dahlia-dahlia ni ... masa sangat terhad.. apa-apa pun sekarang ni fokus kepada priority sahaja dulu ... kerja menimbun dan macam-macam fikir... nak santai-santai dengan tanaman pun terhad.. balik rumah pun dah malam dapat belek 15 minit untuk 3 kali seminggu .. ada ke macam tu? 

Lebar sayur ni dianggarkan sebesar pemeluk


bunga apa entah.. warnanya unik.. ala-ala burgundy gitu..


lili afrika yang besar .. foto akak dengan lili entah mana pula ... dah termove ke folder apa ya...



3 ulasan:

  1. wah sonoknye tgk hijau2 ni
    kalau free nnt singgahla ke blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Suburnya akk sayur2 tu...hijau..nyaman mata memandang :)

    BalasPadam
  3. Noly anna terima kasih sudi tengok hijau2 ni..insyaa Allah.. akan berkunjung ke blog Noly

    Mawar berduri.. terima kasih.. jemputan amat dihargai..

    Adrianna.. memang sangat subur sayur2 tu..terapi buat mata tapi tak untuk hidung..

    BalasPadam