Selasa, 10 Disember 2013

Kumbang Oren

Habis capuk-capuk daun terung berimbang ni di kerjakannya.. daunnya amat lebar sekali.. biasanya pokok ni akak buang aje namun ada soksek2 mengatakan terung ni banyak khasiatnya khususnya untuk pesakit kanser ..walllahualam.. maka kali ini akak biarkan ia membesar dan juga saja besarkan pokok terung  tu agar kumbang oren (KO) tak ganggu jirannya terung telunjuk yang baru disemai tu.. adakah perkara ini akan berlaku? Harap-harap begitu jadinya kerana teringin sangat untuk mempunyai sepokok terung telunjuk yang sihat dan produktif ...  KO sesuka hati kamu la ya untuk terus makan
 makan daun terung berimbang tu ya.. jgn kacau pokok lain! 






Lebar sungguh daunnya kan!
Kadang-kadang seronok tengok kumbang meluncur laju atas daun ni..

6 ulasan:

  1. Banyak khasiat terung ni yea. Nak cuba tanam juga nanti. Kubang tu jika dibiarkan lama..boleh rosak pohon terung akak.

    BalasPadam
  2. Assalam kak mar....

    eiiii geramnye saya tgk kumbang ni. kalo saya nampak saya tangkap dan buat2 terpijak. rasakan....habis rongak terung saya...huhu...

    BalasPadam
  3. suburnya pokok terung k mar, sayang kalau diserang kumbang kuning tu..jangan biar lama2..hihihi.

    BalasPadam
  4. Lama x tgk ladybird ni kak mar..comel je..sya suka..tp klu dia mkn daun terung sya,sya taknak..hehe

    BalasPadam
  5. anak2 suka sgt main dgn ladybird ni..

    BalasPadam