Selasa, 31 Disember 2013

Bendi Menyinga di akhir Disember

Posting terakhir 2013.... jumpa lagi tahun hadapan insyaaAllah... benih generasi kedua bendi singa yang dipesan dari blog tanam sendiri... selalunya dapat menuai bendi semasa ianya dah hampir matang... kali ini dapat la menuai yang ala-ala baby lagi umurnya... tetap seronok walaupun sepokok aje yang survive.... pemindahannya ke tanah amat menggembirakannya :) pokok yang sebatang telah tinggi dengan meriahnya dan sedang membesarkan cabang pula... walaupun rebah ditiup angin bendi ini tetap gah mengeluarkan bunga dan bendi satu demi satu... sebenarnya teringin nak ada banyak pokok bendi tetapi telah ditakdirkan at any time yang jadi hanyalah sebatang he he.. tetap bersyukur!!!

yang ini telah dituai... membesar depan mata semasa cuti selepas retreat hari tu... this week end mesti yang cinonet sebelahnya tu dah sesuai untuk dituai... 

hasil yang menggembirakan :) tiada ruler sebagai ukuran..botol kicap pun jadila..

beres dimakan begitu aje sebab dia kan baby lagi.. ulam yang manis dan crunchy... 

a day before

a giant flower

Pokok limau apa?

Bau daun tak serupa daun limau-limau yang ada..  mungkin limau nipis... versi campak- campak terus hidup.. pembuktian limau jenis apa mahu tunggu bertahun jadinya..begitu kata En Adry Dedaun Alam mengenai anak pokok limau kasturi yang campak-campak jua :)

Hidupnya berganding dengan pokok ulam raja. Ulam raja dicabut sipokok limau juga mengikut sebab tanah lembap.. ingatkan ikut kering macam si ulam raja namun dia makin subur... akar tak terjejas kut..


Selamat dipindahkan..

Isnin, 30 Disember 2013

Masih meriah

Impatien yang masih meriah walau pun tidak hujan setiap hari walau hari tak hujan panasnya menyengit kulit..

Kerana mu..

Musim hujan banyak pendatang-pendatang ni berpesta di laman... angkat pasu dia ada.. bawah mulch dia ada... tepi pasu dia ada.. dalam pasu yang pindah-pindah pun ada... tak boleh jadi... racun pun habis maka nurseri perlu dilawat memandangkan di pasar tani pun nurseri bergerak macam cuti je...












selalunya lalu je nurseri ni.. lihat je dari kereta keindahan bunga-bunga yang ada... kali ini dapat masuk pun sekejap je.. tanya racun - rm2.80, tanya pasu rm1.40 each dan tanya tanah rm 1.2 per bag ... shopping cepat-cepat sebelum kena hon he he!.. sempat gak snap ixora yang kembang bak semangkok ni... 




Ahad, 29 Disember 2013

Taman Botani yang tidak pernah dilawati

Sabtu sebelum ke Langkawi dua minggu lalu dikehendaki bertugas di Taman Botani sebagai sebahagian jawatankuasa Hari Keluarga.. tak pasti bahagian manakah yang dikatakan Taman Botani tu ! katanya ia adalah salah satu projek dalam Taman Tasik Perdana... sibuk dengan aktiviti namun sempat snap beberapa pokok yang menarik tumpuan... orang sibuk makan-makan akak cari ruang untuk touch sana touch sini..

bunga apa ya!  gang bunga aster kut!



my favourite rain lily not well maintained.. macam ak kena buang aje

pelik..ingatkan ixora tapi pokok besar macam pokok buah-buahan tingginya


merah sebab tun snap.. pun tak tahu nama


ada juga impatien ni..

pelantar yang dah macam berzaman je rupanya

khusyuk tunggu cabutan bertuah utama

p/s: akak dapat gak cabutan bertuah... kupon JJ RM150... tak snap pun... tak sempat... selepas abis acara terus balik seremban dan singgah Seremban 2 dulu.. bagi habiskan kupon he he.. tamo simpan-simpan nanti lupa...sebab 4 hari Langkawi lepas tu 4 hari kat Melaka.. ada tendency cicir kat mana-mana...  kebetulan jug kettle dah rosak... teruslah tebus kupon tu... plus beg sekolah HS dan tracksuit.. berbaloi gak pegi sini ... selepas subuh tu!!! sampai terus bertugas.. embun pun belum kering lagi:)

p/s:kakakku itu sempat berkaraoke lagi :) HS frust no bertuah dia tak bertuah... siap pesan nanti kita share ye yang mak menang tu... aiiii dah namanya anak semua tukar kupon untuk dia je...

Sabtu, 28 Disember 2013

Klebang Original Coconut Shake

singgah lah kami disini menghilangkan lapar dan dahaga sebelum berangkat pulang.
Ada pembaharuan ..


Coconut shake dan wall's ice cream

sentiasa ramai pengunjung

katanya satu hari pembuat nasi lemak membekalkan lebih kurang 3000 bungkus nasi lemak.. bungkusan tak perlu besar janji sambal yang sedap, tak pedas sangat dan tahan tidak basi bila dibawa balik... kami makan seorang 2 bungkus..HS lapar sangat habis 3 bungkus.. penat mandi 4hari 3 malam di water park kut... rindu nak makan dengan mak kut.. 4 hari 3 malam makan abah yang uruskan he he

as usual mesti lihat pokok disekeliling... jumpa yang ni entah pokok hape entah.. buah macam sedap je :)

pokoknya


Jumaat, 27 Disember 2013

Entri Jumaat terakhir tahun 2013 - Masjid Selat

Salam Jumaat.. nak juga berentri pada Jumaat yang penuh barokah ini ..Jumaat terakhir pada tahun 2013 ini... since ada berfoto di masjid maka sesuailah hari ini entri pasal foto dan cerita yang seangkatan dengannya di masjid... Masjid Selat diberi nama... gah dibina nun di Klebang sana..

pertama kali melihat kewujudan masjid ini melalui entri blog Wak Gelas... foto - foto yang osem dalam blog tu... kami singgah di sini selepas check out Bayou Lagoon Resort Park di Bukit Katil... jenuh bekerja siang malam di sana akhirnya kami pulang jua.. alhamdulillah En Bos sudi meluangkan cuti meneman akak disini bersama dengan HS... anak-anak yang lain bertungkus lumus untuk semester akhir dan juga yang akan menghadapi final exam untuk semester kali ni... mak doakan kalian berjaya..
sebenarnya tiada nawaitu singgah disini..selepas check out kami ke Umbai untuk lunch kerana lunch kat resort tak menarik selera... Umbai mula buka kedai pun lewat petang... nak pergi ke Mak Limah Asam Pedas di Pengkalan Balak rasanya dah habis.. untuk replenish balik tenaga yang terdekat adalah makan nasi lemak di Klebang Coconut Shake... sebelum makan usaikan urusan solat dulu... alhamdulillah dapat masuk dan solat di masjid ni... sebenarnya malam sebelum Jabatan ada buat lawatan ke bandar Melaka dan melawat masjid ni adalah agenda kedua selepas River Cruise dan singgah sebentar di Bandar Hilir... hari dah malam semua kepenatan tengok masjid dari dalam bas je... 

keliling masjid yang damai dan ramai pelancong asing datang ke sini...


kabonya masjid ni diatas tanah yang ditambak...



kenangan akak disini membantu pelancong dari China memakai tudung dan jubah untuk masuk ke masjid.. tak terlintas pula nak berfoto dengan dia sebab nampak dia terkial-kial nak pakai tudung... dia  pula yang minta akak tolong ikatkan tali jubah... teman lelaki tunggu di depan masjid... ada seorang pengawal yang direct depa ni untuk pakai pakaian yang telah disediakan.... sebahagian dari dakwah jugakan... lain-lain binaan seni disini tak sempat nak belek sebab kami semua dah lapar :)

ada bahagian untuk kanak-kanak juga even ada beberapa unit kerusi urut GINTEL di sini.. murah dari airport Langkawi...RM3 vs RM 1 untuk 3 minit dan 5 minit kalau tak silap 
snap foto HS ni dia tak perasan he he... melaram dengan baju beli malam sebelum di Bandar Hilir .. nak juga baju I love Malacca... akhirnya baju dengan hiasan kapal..dan dengan warna favouritenya... jadilah untuk kenang-kenangan... nak juga guna sarung lengan tu... untuk sekolah dah guna dah... merengek-rengek nak beli masa di Langkawi minggu sebelumnya
credit kepada KM yang sebelumnya kerana menaikkan imej dan aktiviti pelancongan di Melaka.. signage yang terang dan jelas dan well maintained... sepanjang River Cruise banyak mural menghiasai belakang bangunan dan cantik-cantik belaka... tak kurang juga Kg Morten yang mendapat sponsor bekalan elektrik untuk aktiviti pencahayaan ditebing sungai...  

Liar yg berkhasiat katanya - Ara Tanah

asalnya saja-saja snap rumpai ni.. sebab rupa bunganya yang agak unik..dah lama simpan dalam folder sehinggala terjumpa dalam facebook khasiatnya.. cer klik link kat atas tu...



Pokok Ara Tanah - sejenis pokok herba yang biasa tumbuh dikawasan keliling rumah dan kebun dalam pasu bunga - sangat berkhasiat untuk rawatan kayap/herpes zoster..