Asalnya pokok ni terbiar di bawah apartment. Ingatkan neighbour yg dah kematian suami sengaja tinggalkan kerana rumah baru mereka tak muat untuk jalankan aktiviti bertanam. Pertama kali melihatnya berkenan sebab bunga pink saiz comel yang sangat cantik. Maka dipatahkan sebatang dahan dan saja-saja disemai dalam pot suratkhabar. Ada dalam setahun pokok dibiarkan dan pertumbuhanya agak terbantut kerana pot yang kecil. Setelah sekian lama rasa amat kasihan pula semaian ini terbiar dan tidak dibela. Maka pemindahan dilakukan dan disuap dengan baja vin. Alhamdulillah naik cantik dan membesar dengan kadar segera. Pada waktu ini masih tak tahu lagi apa ke nama pokok ni! Suatu ketika Diana KBB mempromosikan manfaat akarsom. Menarik juga khasiat mya ... berkobar-kobar menyemainya setelah benih yang dipesan diterima. Namun pertumbuhannya sangat perlahan . Amat memakan masa. Lyn pula dah pamerkan akarsom yang sihat-sihat sabar je la. Bila dibuat bandingan ... ooo kita dah ada akarsomla... yg ambil kat bawah apartmen tu.. tu la akarsom... cetek betul kalau bab nama tumbuhan ! Akhirnya banyak la akarsom ku.. balik kampung masa raya tahun lepas Pak Sedara pun ada tanam... tinggi pokoknya... khasiat dan benih ada dalam blog Kebun Bahagia Bersama... nak benih pesan je dari Diana ya!
Akarsom terkini
Akarsom kat bawah apartmen... dah tak de dah ni... dia orang dah recycle kut masa gotong royong
Ini yang disemai... penantian
lamaaa sangat
Ni kat kampung... tinggi
Akarsom.. Akar-som.. hmmmm.. uniq namanya.. jenis pokok yg berair.. kan..
BalasPadamSalam kak.. kami mmg fail name pokok2 eksotik ni... akarsom ni aper gunanya ye...
BalasPadamTak pnh tgk pokok ni akk..cantik bnganya.. :)
BalasPadamnani... memang unik namanya..
BalasPadamPedasdanmanis..waalaikumsalam.. info mengenai khasiat akarsom ni ada dalam blog Kebun Bahagia Bersama
Adrianna... betul tu.. pink nya menarik mata akak ni je..
chantik tu makk.,ahHKs
BalasPadamHilang nanti muncul balik.
BalasPadam