Jumaat, 28 Februari 2014

Jawapannya pegaga

Banyak entri dalam blog ni yang bertajuk apa ni? Sebenarnya itu semua idea spontan bila mengadap foto yang dah diupload dalam blog. bila rajin dan berkesempatan maka banyaklah ulasan. jika tidak entri up dengan catatan yang pendek aja. Jika rasa nak berceloteh lagi, simpan dulu, tunggu the fine day bila idea mencurah-curah. 
 maka entri kali adalah untuk  jawapan bagi entri lapuk ni lah ya  .. close up bunga tu kemain besar lagi :)  sekarang ni tengok warna hijau daun pegaga ni dah jadi terdiam.. asik dengan warnanya ... serius pegaga yang ditanam ni belum lagi dituai buat ulam, belum lagi jadi lauk...sebab biasa makan yang saiz comel-comel dan spesis yang lain.. makan bila dihidangkan ditempat-tempat kursus .. contohnya baru-baru ni di Kemaman... ulam yang masih "crispy" dibekalkan untuk santapan kami semua... begitu juga ulam yang lain seperti akarsom dan salad...
 baka ni saya dapat dari mak saudara En Boss...
 dah mengadap Ilahi tuan punya pokok ni.. semoga Allah merahmati beliau...
sendiri tanam tapi tak makan sangat... mungkin satu hari nanti nak buat jus jugala... tanam sebab suka tengok kesuburannya ... survive dibawah tanah bila hari panas.. tiba-tiba dihujung sudut sana dia menjelma...  


dalam planter box ni dah lama akak clearkan untuk beri ruang dan nafas pada ahli-ahlinya... beri ruang dan beri baja menjadikan anak lemon menjadi-jadi naiknya... begitu juga daun kunyit... foto lain kali lah ya... daun kunyit dah susut sebab dah selamat dituai dan disedekahkan pada kawan-kawan di pejabat... 





Khamis, 27 Februari 2014

Kacang Panjang Renek

Alhamdulillah kacang panjang benih pemberian Awin dari blog PetakHijau telah hidup dengan gemilang, cemerlang dan terbilang :) walaupun pertemuan seminggu sekali.. terpaksa letak plastik hitam di pasu untuk mengekal kelembapan disepanjang minggu.. berbunga sudah ... putik kacang keluar sudah...  


Bunga kuning 

berputik sudah

LWW:Calamansi's flower part 2

Kawan - kawan yang dah ada pengalaman dengan bunga ni kata bunga limau kasturi ni wangi... dah terlepas momen tu... semoga ada peluang lagi lepas ni...  putik bunga di sini



bunga penuh

dah habis bunga tunggu buah lepas ni insyaaAllah

Selasa, 25 Februari 2014

Bunga Detik Itu Berbeza - Double blooming

Ingatkan selepas FIL buat hard pruning pokok ni dah tiada lagi namun hujan lebat hujung Disember 2013 menyemarakkan pertumbuhannya... ada yang kata bunga tisu ada yang kata bunga kampung sebab banyak kat kampung-kampung... dialu-alukan nama sebenar bunga ini... 
sebagai ingatan pemberian akak kedai tepi sawah KP... 

1st stage warna putih .. tak sempat snap sebab note dah full memory... bila balik breakfast pukul 11 pagi warna sudah berubah hu hu... kali ini dapat bunga kembar... pastinya suka..

petang sedikit warna yang semakin gelap..



Isnin, 24 Februari 2014

Malabar ceria dicuaca ini

Satu-satunya  bayam malabar yang survive... yang diberi oleh Rose Semua Menjadi hanya ini sahaja yang tinggal.. selamatlah kamu ya wahai malabar...satu ketika dia layu namun masih kekal hingga semalam...

pokok lemon tu pun nak entaframe juga

setakat minggu lepas dia masih bertahan...

Ahad, 23 Februari 2014

Daun Puding Pasoh lagi

Bagi akak ni spesis pokok juga.. jika ada nama lain dialu-alukan ya.. uniknya dan jadi tarikan adalah juluran macam sesungut rama-rama..

P/S Lega dpt balik rumah tengok wp sebentar..
Mcm2 halangan untuk tiba dari Kemaman dgn segera... sampai KL pukul 10 mlm .. perjalanan balik pukul 5 ptg setelah urusan jual beli penumpang2 bas ni.. sampai di Bentong bas terpaksa patah balik semula ke Lanchang kerana urusetia tertinggal handbag dalam toilet..purse dan handphone dah lenyap... yg penting dokumen untuk urusan advance dengan pejabat masih ada.. mcm2 halangankan! Syukur dpt sampai rumah dengan selamat atas bantuan urusetia kerana masa menunggu En Boss telah tamat :)

Sabtu, 22 Februari 2014

Calamansi's Flower

Kali ini limau kasturi meriah berbunga.. harap-harap banyak hasil kali ini berbanding dengan yang sebelum ini yang cuma dua butir sahaja yang melekat... terlampau seronok lihat putik bunga - bunga menjelma pelbagai angle jadi sasaran akak ni..





Ps.. dapat berita penjual pokok ni telah kehilangan lori untuk jlnkan bisnes ke sana kemari... akak doakan agar akak nurseri ni berjaya beroperasi semula

Jumaat, 21 Februari 2014

Impatien Kak Teh

Nampaknya pokok ni sesuai  ditanah tinggi Jelebu ni... rimbun pokoknya. Mulanya ingatkan pokok petunia... bila tengok dekat2 ternyata ianya adalah pokok impatien... cantik bunganya berbelang-belang..


Khamis, 20 Februari 2014

Akhirnya dia kecundang...

Lingkaran utama petola sudah mengalah dengan cuaca... tinggal satu lagi ... tengokla minggu depan... minggu tak tahu lagi .. outstation ni asik teringat laman yg tinggal..

Tengokla langit yg polos ni.. tiada awan .. sudah hujankah didaerah sana?
ps.. bersiaran dari intan w timur

Rabu, 19 Februari 2014

LWW: Koleksi Kak Teh Lagi

Bunga balung ayam bak bola-bola merah


Balung ayam tradisional he he

Selasa, 18 Februari 2014

Cuaca lagi!

Pokok hadiah dari Diana telah hidup dengan cemerlang..

Namun beginilah jadinya.. sudah kutarik dari pasu diatas gara-gara kecewa... namun masih berharap..

Ahad, 16 Februari 2014

Purple ipomea hari ini

Hari ini masih sempat bersua dengan kemekaran bunga ini sebelum ditinggalkan untuk 14 hari.. minggu depan outstation ... maka tak pasti apa good news yang akan diberi oleh laman ini ... entah hujan entahkan tidak..

awal pagi dia dah kembang.. nama pun seri pagi.. hari ini dapat tengok dua bunga serentak.. bikin hati ceria da...abaikanla semak sekelilingnya tu.. tu semua strategi bagi weekend garderner.. kena adjust adjust pokok kat shade untuk menghadapi hari kemarau yang sedang dihadapi... 



tengok gaya sunrise pagi ni belum nampak hari nak hujan.. yang pasti kering dan panas 




Sabtu, 15 Februari 2014

Seri pagi purple aka purple ipomea

Assalam dan selamat berhujung minggu .. cuaca disini maintain kering, panas dan berangin... malam tadi merasa hujan sekejap di Cheras... ingatkan berterusan hujan sampai ke Seremban.. namun masih belum diizinkanNya lagi..

Ceria yang amat sangat demi melihat keceriaan warna seri pagi ni..benih dari Diana KBB.. alhamdulillah pokok ni terus segar wp kat sini panas..ditinggal 6 hari tanpa siram.. sesapa yg tolong siram tu... terima kasih daun keladi... tolongla lagi:).. semoga jiran2ku diberkati Allah sentiasa..

macam scarlet o hara kak Mala ke?..Kak Normala yang duk Langkawi ni adalah peminat tegar pokok seri pagi... dia lebih tau samada serupa ka tidak kan kak!

Bila tengok blog Puteri Purnama pun cantik juga seri pagi birunya...





Banyak lagi kudupnya.. tak dapatla tengok sebab minggu depan kena outstation lagi

Jumaat, 14 Februari 2014

Posto Posto...

Gara-gara ikut sekali dalam teka-teka harga kubis ungu lavendar oleh Rose dari Blog Semua Menjadi... kan dah menang!! Sungguh tak sangka... sebabnya selepas teka dah tak ingat dah nak tengok sape yang menang.. tup tup petang semalam terima sampul Pos Ekspres dari Blog Semua Menjadi... Rose silap hantarke? Seingat  akak la tak de order apa-apa dari Rose... alahai... cepat-cepat buka blog Rose ..entri bertarikh 28 Januari 2014... ooooo rupa-rupanya menang teka harga he he.. terima kasih la ya Rose.. banyak pula benih tu... tak pe nanti bila sempat akak akan pos sebahagian kat Awin untuk  aktiviti gardening education