Dah lama foto terbenam dalam folder camera akak ni... 17 Disember 2012 hi hi... baru hari ini dapat uruskan.. dari Ipoh ke Sungai Besar, singgah sebentar di Teluk Intan melalui Kg. Gajah.. 3 beranak menuju tempat yang sudah lama teringin kami nak pergi... En Boss teringin nak makan kat kedai tu.. sambil mengenang arwah Kakak angkatnya yang gemor juga makan disitu bila balik ke kampung mertuanya disini... kami ke Sg Besar atas urusan besar juga iaitu jadi jurucakap meminang untuk adik angkat En Boss juga... dan perkumpulan gang-gang memancing beliau...
momen kawasan lawatan ditinggalkan... baru nampak condong yang ketara.. nasib En Boss sporting bagi fokus.. kalau tidak kena fokus sebelah tingkap tepi je.. nak klik klik depan kena hati-hati takut ganggu pemanduan beliau.. kena sound nanti dah tak seronok hi hi.. itu pun dia kata cepat sikit!
masa ni akak kata mana condongnya...
nampak la juga condongnya.. petikan kamera En Boss
anak-anak baca ni.. orang dewasa pun patut baca juga .. HS suka baca sejarah selepas ke Langkawi hari tu..
condong kan!
bahagian dalam ... kalau dua hero saya ikut mesti depa dah naik tangga ke atas.. akak ni dah la sakit kaki.. panas tengahari buta malas nak berpeluh-peluh dan perjalanan yang agak memakan masa untuk sampai ke sini letih juga
katanya popular tempat ni wallahuaalam..
Meru Ipoh yang kami tinggalkan bagai dirundung kemarahan awan hitam...
tempat ni sebenarnya sejuk..
antara yang sempat di snap semasa dalam perjalanan kalau idok akak ni buat air liur je dan berdengkur... ada bagus juga ada kamera yang besar storage ni..
masa ni teruja sangat bila bandar ni dan bangunan tu dalam fokusan akak..
bila kala la sampai sini lagi....