Cuti sekolah dah 2 hari berlalu... bizi lagi kat ofis.. cuti kali ni tak ke mana sebab banyak kenduri kahwin.. anak saudara dan anak kawan-kawan... yang dekat insyaaAllah kami sampai walau pun tarikh majlis bertindan... yang jauh minta maaf ya kawan... hari ni akak kena start cuti sekolah juga ni..entah apa program En Boss belum tahu lagi.. kununnya nak ke Ipoh menziarah saudara yang tak sihat.... yang penting sekarang ofis kena tinggalkan dulu.. hal-hal utama minta kawan2 cover .. tq uols.. tq Puan Boss...
demi meraikan majlis ramai la anak saudara berkumpul ... apa lagi kena jadi tukang masakla... sementara hari majlis bermula .. hari kejadian nanti kita makan tanggung pula ya....
HS pun merengek nak makan itu nak makan ini...
Bila cuti dapatla jenguk bunga kat dry yard belakang tu... tergesa-gesa snap sebab En Boss dah start injin kereta....sempat lagi kan... akak teruja lagi dengan RJ giant ni.. keratan asal dari Cameron Highlands.. minta sedikit keratan dari adik... selepas setahun membiak-biak..perlu patahkan dan semai tempat lain kalau tidak dia pupus..
Tak ingat apa ke nama bunga ni..
Ruella ke?
Anak cili padi yang disemai .. tinggal ni je yang survive.. belum dapat lesen lagi..
Anak-anak emas he he .. buah hati pengarang jantung si alpine strawberri... dari 15 yang bercambah 6 yang survive... alhamdulillah ... sangat-sangat menghalwakan mata bila mereka secara positif mahu hidup..... nanti tunjuk semua yang berjaya
bestnya pokok2 akak makin meriah :)
BalasPadamTiha.. betul tu makin meriah.. kebetulan bertembung dengan hari cuti
BalasPadamJadi makin ingin tanam strobery di kebun rumah
BalasPadamCantiknya moss rose tu...kembang berseri2 :)
BalasPadamEndah... segera dapatkan benihnya... mari kita sama-sama menanam stroberi..
BalasPadamFadzil... betul tu .. saya susah nak jumpa suasan begini sebab keluar rumah sebelum matahari terbit balik rumah matahari terbenam.. bila semua kembang ni dan kebetulan cuti mesti rakamkan momen ni :)