Sabtu, 15 Mac 2014

Daun bebuas , bubur nasi dan cerita semalam

Pertama kali merasai bubur nasi kawan sepejabat... sedap dan wangi buburnya.. minta maaf sebab terlampau asyik makan rupa bubur terlupa nak di tembak.. sempena meraikan hari terakhir seorang sahabat yang berpindah kerana mendapat kenaikan pangkat semalam.. rajin pula depa membawa pot luck... tukang buat bubur ni siap bawa bahan utk aktiviti sambung top up bubur yang laku untuk lunch pula... sesuai la rehat hari Jumaat yang  panjang.. kenduri bubur lagi... dapat makan panas-panas gitu.. 

Apa ada pada bubur ni sehingga ada entri untuk bubur nasi yang simple... senyum sahabat saya ni menerangkan mengenai bahan khas yang digunakan... yang pasti daun kunyit dan herba istimewa yang digunakan adalah daun bebuas... daun - daun dihiris halus...tambah lagi daun kaduk, halia dan bawang, lada hitam tumbuk , udang kering tumbuk dan udang basah serta santan

Pertama kali tengok dan rasa daun ni.. bila dipegang dan dicuci ia mengeluarkan aroma seperti daun cili tetapi lebih kuat dari aroma daun cili


antara bahan yang digunakan


9 ulasan:

  1. Mcm2 daun boleh mkn yer...mcm bubur lambuk ada santan...

    BalasPadam
  2. Betul tu Nadia... akak pernah makan bubur nasi kawan yg asal dari Kuantan.. sedap juga .. ada daun kesum dan pucuk ubi...

    BalasPadam
  3. cam nak buat bubur lambuk je ni. tapi ros xkenal daun bebuas

    BalasPadam
  4. belum pernah tengok pun daun bebuas ni....kena gugel tentang hal ini

    BalasPadam
  5. rostina.. yela tu ..lambuk versi herba..

    Tee.. akak pun baru kenal daun ni..

    BalasPadam
  6. Salam Mar,

    Nma pucuk ni macam pernah dengar je tapi rupanya baru pertama kali tengok ni. Sebut bubur teringinlah pulak nak makan bubur nasi ni. Aduhai lama betul tak makan bubur lambuk! Feveret kami sekeluarga tu!

    BalasPadam
  7. daun bebuas biasanya makan ulam saja.. nnt bolehla try bubur resepi ni...

    BalasPadam
  8. salam k mar;
    kat belah utara ni mmg byk daun bebuas....cukup sedap dibuat ulam...

    BalasPadam
  9. mesti sedapkan byk ulam2an tu !

    BalasPadam