Rabu, 30 April 2014
Selasa, 29 April 2014
Angsa manja
Rentetan dari jemputan cendawan busut...
tuan rumah membela dua ekor angsa .. yang betina sedang mengeram.. sijantan tiada teman...
kami sampai je dia dah menjengah.. akak dan HS lari.. kami ni penakut dengan angsa...
En Boss dah biasa bela angsa... kena kepit dengan paruh angsa pun dia ok je..
sijantan ni tiada teman tak tau nak buat apa kut :)...
habis dikelilingnya En Boss den ni.. jeles gak he he..
angsa ni pun ada nama ..
bila angsa ni pandang pandang akak jerkah kat dia ha nak ape..
sebenarnya kita yang penakut...
dapat benih zinnia ni...tvm tuan rumah
baja baik bunga pun lebat.. kawasan luas tak risau nak tanam apa pun
benih bunga pukul 4 dan zinnia...
jangan dia hidup dalam handbag akak sudahlah....
apa taknya dah dapat tak semai-semai...
crinum ke ini? tapi pokoknya macam katik je..macam katik si lili
yang biasa-biasa tu.. teringin nak minta bulb tapi ni jiran tuan rumah punya!!! tengok je la..
Sambal untuk si abang - 29 April 2014
Terung yang akak tuai hari Sabtu lepas .. kononnya nak ulam celur je... macam dah banyak lauk .. ketepikan dulu la .. nikmati dulu gulai cili api belimbing tu... foto gulai tak sempat snap sebab sedap sangat... he he puji diri sendiri.. sambal ikan saja buat lebih untuk terung ni.. kalau campur dalam sambal ikan tiada yang nak... terung ni akak sorang je yang suka.. bila siabang balik akak tanya apa jadi dengan terung tu.. dah agak dah dia tak makan...generasi sekarang ni pandai makan salad je :)
sambal ikan untuk siabang... makanla puas-puas...and take care dear!! ada kesempatan kita gather together gether untuk makan moments pulak.. foto ni gelap sebab hari dah petang baru nak snap.. lampu dalam rumah ni macam tak bermaya je...
p/s: Hari ini genap ulangtahun kelahiran anakanda sulung yang ke dot dot dot... Happy Birthday abang... study hard ok.. mak sentiasa mendoakan kebahagiaan abang dunia dan akhirat.... Ahad lepas kononnya masak sambal ikan untuk anakanda sulung ni .. tak balik pula ke sini.. Shah Alam hujan lebat... tinggalkan aje bawah tudung saji... selamat menikmati sambal favourite mu... jadikan ia sebagai birthday dish in advance.. dah dapat bagpipe tu pandai-pandai la uruskan masa..
Isnin, 28 April 2014
Bunga Apa?
Sempena lawatan tidak rasmi ke Taman Botani, Tasik Perdana ... macam-macam yang dapat dilihat .. nak tengok kerja orang ... ni lah hasilnya... dapat tengok bunga baru... rezeki akak kiranya sebab bunganya di bahagian batang pokok dibahagian bawah..wangi pula tu... kami tertanya-tanya pokok apa la ni ya.. tiada info kat mana - mana disini.. ada pokok yang ada info... yang ini??? akak pula macam tak siuman hi hi tengok macam - macam bunga.. pakkal la sekejap aje .. Taman Herba tak pergi lagi ni! Best tempat ni sejuk dan nyaman pepagi kat sini tapi awas... bising dengan nyamuk.. semoga taman ni terus cemerlang ya...
Ahad, 27 April 2014
Raja sungguh
Kebun sebelah yang akak tinggalkan 5 bulan lalu... tiada aktiviti kebun kat sini.. kerana ingatkan tuan rumah selepas nikah duduk sini.. tapi macam tu je...musim kemarau hari tu ok la.. minggu lepas saja jenguk.. masyaaAllah.. dah jadi hutan ulam raja.... terhampar keseluruh laman ni.... terkedu akak.. nasib En Boss tak sound.. kalau tidak !@$^$*$((¥£ ceramah dia...pagi tadi dia nampak pokok belimbing kat sini dah lari alignment.... ok ok akak kata lepas ni operasi.. memang nawaitu dari minggu lepas lagi.. laman sendiri pun tak selesai lagi...
Takat tu yang dapat akak uruskan..
Hujan datang lagi.. jiran terdekat dah dihulurkan ulam ni...
Sabtu, 26 April 2014
Jumaat, 25 April 2014
Labu botol : update
Sebagai rekod sendiri untuk mengenalpasti seedlings dimasa akan datang.... daun berbau ala-ala petola....
Pagi ini matahari pagi terang benderang.. apakah musim hujan akan berhenti?
Entah menjadi ke tidak...
At the moment .... enjoying the excitement of seeing the germination progressing into a real plant...
Khamis, 24 April 2014
Dengan selambanya....
Dengan selambanya akak menye"nap" foto disekitar seminar ni... tidak sedetik pun akak lelap dan boring... wp mlm tadi tidur pukul 1.30 malam... biasanya bila seminar on je mula la otak akak ni berehat dan oksijen pun kurang seterusnya sangap seterusnya tersengguk-sengguk....
semasa catatan ini dikuncimasuk sedang berlakunya presentation oleh presenter yg OKU pengelihatan.. masyaallah... pemikirannya yg mantap dengan presentation yg tak boring .. siap ada presentation dengan skrin paparan lagi..serta video... beliau boleh bercakap mengenai Impairment Dan Disability.... seorang graduan UM.. disability disebabkan kekurangan oleh society itu sendiri.. tiada skrip .. ingatan yang kuat
Impairment vs Disable..siap ada video untuk mengenengahkan isu disability oleh orang yang tak cacat ... peserta yg cacat pendengaran pula bila diterjemahkan idea dan apa yang sepatutnya society adakan .. masyaAllah.. kita yang sempurna kejadian pun tak boleh fikirkan untuk melengkap keperluan semua golongan ... pengajaran hari ini... wakil DBKL seorang Chinese Muslim mengenengahkan kenyataan bahawa kita dilahirkan pun kurang upaya dan jika panjang umur akan kurang upaya juga iaitu bertongkat, berkerusi roda serta bed ridden....
Ingatkan kasi chipsmore .. some sort of stress ball.. bagi hilang ngantuk kut
Best pulak tengok ni
Akak nj mesti tak lepas dari plants... latarbelakang painting moden
Makan momen... breakfast ni akak skip
Ambik je la sebiji apple tu
Kolobarasi penganjur dan motif Seminar
Video yg hanya boleh beliau dengari sahaja
Org kecil tu penterjemah untuk Insan OKU pendengaran...
Presenter yg akak tabik spring tu..
Break jap
Lunch pun nyaman ho .. most of us sukee bangat...
Cumin basmati rice, masala chicken, mushroom dan pansuh manuk..
Sorted food station
Station sup.. tomyam sedap..
Lencun, hujan pejo dari subuh hingga tengahari
Yang ni tak payah siram sebab pokok plastik :)
Petang pula dihidangkan jus tango... jambu+oren with cherry... no photo.. bayangkan sendiri ya..and hidangan pot stick chicken... ada rasa halia dan coriander...
P/S mlm baru boleh up..
Selamat kembali anakanda Siraj.. semoga paper terakhir untuk pengajian pada 22 April memperolehi keputusan cemerlang..semoga berjaya meraih impianmu... mak akan selalu mendoakan kalian adik beradik