Isnin, 21 April 2014

Apa ada di Negeri Sembilan - Balik Kampung Lagi - Jemputan Cendawan Busut

Untuk rekod sendiri.. Sabtu lepas kami balik kampung lagi... bukan balik betul pun... jalan-jalan sekitar kampung je tengok Pak Sedara En Boss yang cedera kerana tersadung dilantai pepagi subuh minggu lepas.. lebam juga mukanya... orang yang dah veteran dan uzur begitula adanya... semoga Pak Long semakin sembuh... tujuan asal balik kampung adalah kerana En Boss teringin makan cendawan busut yang sedang banyak dijual didaerah ini... gara-gara diusha oleh kawan-kawan FB... alhamdulillah dapat makan cendawan busut dan tuan rumah tapau lagi ... semoga jasa tuan rumah sekeluarga dirahmati Allah sentiasa... yang tinggal sedikit akak perangatkan hingga kering . . dah macam rendang pula .. masih terbau-terbau aroma rendang di kedai Abang En Boss.. kebetulan dia buat rendang nangka... makan journey betul kami semua hari tu...

minta mahap la ye..foto cendawan busut tiada, gulai pun tiada cuma kenangan rasa dan rasa sangat kerana ada yang jemput! akak mengekor je.. terima kasih tuan rumah sekali lagi

dua hari blog saya bersawang he he... pengurusan jalan-jalan dan rumah yang banyak hiccup...  hari asik hujan lebat je kan! nak berkebun pun tak sepenuhnya... hutan bunga telang dan ulam raja makin merimbun.. sempat buat kerja separuh jalan.. hari dah hujan.. jumpa lagi siput bab.. kali ni yang dapat lari hari tu... giant gak saiznya... 

sesambil jalan-jalan tu sempat baca entri UAA sahabat di Fiji... sabarlah ya.. macam-macam ragam manusia ni.. kita tidak boleh nak memuaskan hati semua orang.. namun situasi ini mencetus juga idea kita untuk mengetuk keyboard pc kita...akak tak sempat nak komen di blog .. insyaaAllah bila berkesempatan

Balik kampung membuka mata kita pada perubahan musim pada pokok-pokok bermusim disini.. hari tu akak ada up entri mengenai gugusan bunga durian yang berjambak-jambak keluarnya... kali ini yang akak nampak adalah bunga ni... mesti akak ni nak teliti asal bentuk bunganya sebelum buah.. selalu lihat dari jauh je kan! memutih pokok dengan bunga halus ni... moh la kita belek close up buah rambutan... jangan menyesal baca entri merapu kali ini... 


siapalah awak ya! Baik atau jahat? 

Bukit Putus yang berkabus pada saat 9.21 pagi... ala-ala Frasers Hill gitu.. boleh buka tingkap kereta  .. tak payah on aircond... kalau jalan lama pun begitu.. kami suka bau tanah dan hutan yang segar... :)


7 ulasan:

  1. suka suasana nyaman macam tu.. tapi bahaya juga kalau berkabus tebal.

    BalasPadam
  2. nampak mcm orkid la k mar...

    BalasPadam
  3. Tengok bunga2 durian dan bau hutan teringat kampung .....

    BalasPadam
  4. aaa....lamanya tak makan cendawan busut..
    nyamannya suasana tu, kalau tak berhujan, seronok vrommm ni, pulak banyak selekoh....

    BalasPadam
  5. Rambutanku sudah habis berbuah February lalu.

    BalasPadam
  6. Cendawan busut! Lama dah x mkn...k.mar up gmbr bunga durian baru la tahu gitu rupanya..

    BalasPadam