Sabtu, 5 April 2014

Dalam.kenangan

Setelah meninggalkan Pulau Mutiara semalam akak minta jasabaik adik pembantu untuk menghantar akak ke Ipoh dan sekalian mereka dapat menunaikan solat Jumaat.. sebelum itu lunch di Restoran adik di Jalan Kampar....
dijangka En Boss keutara bersama HS sebelah malamnya... seterusnya kami ke Jalan Yang Kalsom untuk dinner.. disitulah kami mendapat perkhabaran bahawa insan yang jauh dimata tetapi dekat dihati telah pergi buat selama-lamanya.. alfatihah... malam ini arwah berada dirumah baru.. rasanya lama sungguh kami tidak bertemu muka ..malam semalam akak juga bermimpi menerima perkhabaran buat kali kedua dan esoknya perkhabaran terus melalui sms "Along mak saya dah meninggal". Alhamdulillah .. kebetulan kami dah ada di Ipoh urusan menziarahi jenazah dipermudahkanNya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar... menitis air mata anaknya melihat ketibaan akak dan suami.. keduanya sudah lama tidak bertemu dan kedua-keduanya sudah tidak beribu..kami bertiga berpelukan dan sebak tidak dapat ditahan.. sehinggaka akak juga menitiskan air mata.. 
Setelah urusan pengebumian selesai akak terus ke Penang kerana adik nak merasa naik jambatan ke 2 Pulau Pinang..
Petang kami ke Vanggey Labroy dan malam ke Hadramaot sebelum melawat anak saudara yang dalam rawatan kemo.. semoga beliau terus menerus sihat..

Dessert sebelum makan nasi dan ayam kampung 

Pagi yang dingin di Ipoh

Berhenti di hentian Taiping



Bunga durian di KL, Kulim

Puaskan hati naik JK2PP




6 ulasan:

  1. salam takziah saya ucapkan
    buah kundang tu manis kan

    BalasPadam
  2. tak kesampaiaan lagi wpun dok berjirann....

    BalasPadam
  3. Sakam takziah dan AlFatihan buat arwah

    BalasPadam
  4. Kehidupan di dunia cuma sementara...
    walau bagaimanapun kehidupan mesti diteruskan, pengembaraan juga perlu diusahakan, kenangan juga mesti disimpan...

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah.

    Lama tak lalu jambatan ni.
    Harga Kundang dekat Pasar Paya Jaras dah turun bolehlah merasa sekarang boleh dapat RM8.

    BalasPadam
  6. kepada semua teman-teman maya terima kasih... Tee.. kita perlu teruskan hidup dan simpan kenangan ...

    BalasPadam