Hari ni cerita benih labu botol yang terperap lama dalam simpanan. Benih diperolehi dua tahun lepas di Pasar di Kemaman. Benih berasal dari Siam. Rasanya ada simpan cover benih ni.... Namun.....Almaklumla.. macam 2 alasan kerana tak berkesempatan untuk share dengan kawan2...
Saing beli dengan baja purple hari tu. Tahun lepas En Adry dah menuai buah labu ni... akak bagaimana? Bergantung keizinanNya jua... bercambah begini pun patut dah bersyukur... harap-harap perkembangannya tidak seperti pattypan squash hari tu... nak kena semai balik ni
Bentuk benihnya yang unik
Rasanya 2 butir benih ni bercambah
Saing dengan labu ni akak semai juga benih timun mini dan zucchini crooked neck pemberian Awin.. namun zucchini tu belum cergas lagi nampaknya dan yang paling mengharukan ialah benih timun mini... hilang semuanya dari tempat semaian..... alahai... nak kena semai lagi... macam mana nak capai pertumbuhan macam pokok timun @na ni...
seronok tengok pokok ni bercambah :)
BalasPadamCayok kak!! moga menbesar jadi jaguh, boleh buat pengat labu..
BalasPadamwah seronok nyer tgk dah nampak membesar yer !
BalasPadam