Jumaat, 11 April 2014

Terung Belanda

Kata mak saudara ni la terung belanda aka berembang.. lain negeri lain panggilannya.. disemai oleh sang burung.. dah tinggi akak seterusnya berbunga.. masa kenduri anak saudara hari putik-putik buah dah keluar... teringat pula sambal ikan bilis Kak Ela dengan terung ni.. orang negeri biasalah.. sayur ni jadi bahan gulai.Cer gugel health property terung ni!



Bunga-bunga yang lebat






9 ulasan:

  1. Salam Kak Mar,

    Macam terung pipit aje? Betul ke? Yang selalu orang masak campur dalam sambal tumis tu?

    BalasPadam
  2. Honey...Waalaikumsalam ... kami tak biasa gunakan nama terung pipit ... betul tu selalu buat sambal..kadang-kadang dibuat gulai lemak cili api

    BalasPadam
  3. Enak ditumis pake ikan teri dan cabe yang pedas nih...

    BalasPadam
  4. saya panggil terung pipit..masak tempoyak atau sambal tumis bilie..sedappp :)

    BalasPadam
  5. Pokok terung Belanda depan rumah saya dah arwah pagi ni. Kena kerat semua batang sebab diserang bena putih seluruh pokok. Mujur dia dah tinggalkan sepokok anak sebagai penganti diri.

    BalasPadam
  6. Masak dengan tumis dengan cili api sedap ni kak mar...pedas meleleh air mata tapi sedap...

    BalasPadam
  7. Assalam kak mar..
    rasanya tak kenal terung ni.

    BalasPadam
  8. Endah ..ikan teri tu ikan apa ya... ikan bilis barangkali..

    Tiha... sedap tu..

    Kak Mala... kalau ada akarnya bila hari hujan nanti dia naik balik

    Tee... telan air liur akak..

    maszz... ni terung yang kecil-kecil tu.. bila dimasak akak kadang-kadang ingat kacang pis..

    BalasPadam
  9. Dah mula hujan ni keluar macam rumput dah di belakang sana. Siap meninggi lebih cepat dari rumput.

    BalasPadam