Isnin, 14 April 2014

Trend bawal di Pulau Pinang

Bukan trend tudung bawal yang mahal tu ya... ni bawal digaul dengan kunyit dan garam yang digoreng dan makan masa panas-panas.. hari tu dalam perjalanan ke Penang adik pembantu bawa kami singgah di Juru untuk lunch.. dah lewat masa tu hampir pukul 2... alhamdulillah ada lagi kalau tidak... terkulat-kulat tengok bekas kosong... namun yang ada hanya ikan bawal goreng, ayam goreng, nasi, kuah kari, sambal belacan yang sedap  dan ulaman.. janji ada sayut.. makan masa perut lapar adalah makan yang paling enak.. sekejap je licin.. kepenatan pun jadi sebab juga .. oh ya diutara ni sudah jadi trend mana-mana tempat makan ada menu ni.. tapi ini paling best sebab sambal belacan yang sedap... dah basuh tangan pun ada bau lagi... sedap...

kuah kari ni pun sedap..

sahabat ku yang itu yang kelaparan.. begitu juga aku... dah aku aku pulak...

nak cari tempat ni pun sesat juga sebab adik pembantu dah lama tak ke sini...


8 ulasan:

  1. ala k.mar buat sy rindu dgn menu ni...last thn 2007 kerusi bangku mcm tu lah warungnya....tak ada sos kicap ke?

    BalasPadam
  2. Ooops... 2007 ...hi hi lama tu .. Sos kicap tu tak perasan pula...maklumla dah hujung-hujung waktu ..

    BalasPadam
  3. Tetiba rasa lapar nak makan..berlaukan kuah kari

    BalasPadam
  4. Lapar pula tiba-tiba ni.
    Teringat pula nak cari bawal.

    BalasPadam
  5. saya suka lauk simple macam ni
    kalau ikan tenggiri pun sama
    goreng je sedap kan kak :)

    BalasPadam
  6. Mujur ke blog k.mar ni waktu dah malam, kalau siang, saya dah pegi beli bawal dan balik goreng...
    K.Mar, orang siam suka masak kensom bawal sebesar2 gini...sedap tau....hehe

    BalasPadam
  7. Salam Kak Mar,

    Terliur aih tengok bawal goreng tu!

    BalasPadam