Sabtu, 31 Mei 2014

Labu botol - update

Dalam polibeg ni ada lebih kurang 4 -5 pokok .. dah malas nak pisah-pisahkan.. nampaknya semua naik elok... ok la tu... namun tidak seganas petola pulut yang berdaun lebar, sulur yg aktif mencari tempat berpaut yg bercita2 mendominasi pokok mangga depan rumah.. 

Khamis, 29 Mei 2014

Bilangan makin susut...

Kobis benih dari Awin Petakhijau
Hmmmm... makin susut bilangannya .. umur dah mencecah 6 bulan... 
Hari hujan mengundang sisiput bab dan lintah bulan keluar mencari rezeki....  

Yang masih maintain..

Baki rezeki sang rayap... 
kalau survive alhamdulillah



Selasa, 27 Mei 2014

Pusingan Kedua dan pusingan petama

Pusingan kedua
Baki cili besar yg dah expired dan lembek dicampak2 aje di patch ni.. sudah kali kedua berbunga dan berbuah... pokoknya tak tinggi2.. ala2 katik gitu..


Minggu lepas.. abaikanla pegaga dan anak ulam raja yg dah jatuh taraf rumpai..


Pusingan pertama
Yg ini di KL... pun katik juga sudah berbunga... tunggu kalau2 buahnya menjadi.. 



P/S: Cili ni menjadi dengan M&K

Cili padi je selalu fail.... 

Isnin, 26 Mei 2014

Mangga depan runah...

Mangga depan rumah dah tiba masanya untuk dituai... memandangkan buahnya boleh dicapai dengan galah batang mop yang diletakkan dengan botol bagi mengelakkan buah dari jatuh ke tanah dapatla hasil begini.. kalau tinggi lagi ..hmm tengok je la..
Walaupun kali ni hasil tak berapa meriah .  Syukurla dengan apa yang ada.. ternampak lagi bahagian yang berbunga... alhamdulillah rezeki kami lagi.. mudah-mudahan buahnya bertambah lebat




Yang ni akak kutip di bawah pokok depan kedai... comel je saiz dan warnanya... entah apala spesis mangga ni

Khamis, 22 Mei 2014

Bunga Telur Hasil Kitar Semula

Minggu lepas akak menghadiri majlis perkahwinan sepupu En Boss.. berkenan pula dengan bunga telur yang diberikan kepada tetamu ... bahan-bahannya adalah hasil tumbuhan yang dikitar semula.. ada idea ada cara semua boleh jadi

Kelopak bunga entah dari apa... yang akak kenal tu yang tengah-tengah tu .. buah pinang

Bahagian belakang ...macam kulit sesuatu kacang atau buah... sape tahu angkat tangan :) keras ni...


Daun ni daun original.. daun getah yang telah diproses dan diwarnakan

Yang ni ngapla... sedap.. cupcake tumpuk-tumpuk putih yang ceria

P/S: sehari cuti berblog gara2 penyediaan maklumat utk jawatankuasa yang hangat.. haish .. lepas ni ulasan pula... tiada redanya gelora kesibukan ini..

Jumaat 23 Rejab.

Selasa, 20 Mei 2014

Anak strawberi Cameron - Update

Pertumbuhan dari benih sangat menggalakkan namun tiada tempat untuk dialihkan. Tanda serangan serangga putih sudah kelihatan... 3 pokok yang telah dialihkan nampak stabil. Seminggu ini serangan situpai pula.. sudah naik semula kerumah kayangan ni... hari ini entah apa pula kerosakan yang dibuatnya... semoga anak-anak pokok ni tidak dilanggarnya .... minggu lepas anak pokok sawi sudah gedebum dari para yang tinggi... kadang-kadang stress juga mengingatkan kerakusan tupai ni.. tutup pintu belakang masuk pula ikut tinggkap... yang pasti di dry yard memang risiko tinggi anak-anak angkat dikerjkan...







Ahad, 18 Mei 2014

Akar Dani

Status terkini akar dani yang dipesan dari Diana Kebun Bahagia Bersama.. musim kemarau bulan lepas nampak macam kering dan tak bermaya.. terpaksa sorok bawah semak-semak pokok bunga telang.. memang tak nampak... kelmarin kemas-kemas seksyen ni.. kira okla dia hidup... dah pandai memanjangkan dahannya yang sebelum ni sederhana aja...

Jumaat, 16 Mei 2014

Bonda sipelahap

Melayang-layang disekitar laman memang mengganggu konsentrasi ... memanggil-manggil kita supaya snap fotonya... bila didekati lari pula... inikah bonda siulat-ulat yang pelahap tu.. Stiletto kenal jantan betinanya.. tinggi ilmu dia kerana banyak nama spesis rama-rama dia tahu..



Khamis, 15 Mei 2014

Tak boleh jadi ni...

 Akak lihat pokok lemon sogo dah ada kehilangan daunnya....maka penyiasatan dimulakan... kan betul seperti yang dijangka.. ibu mereka dah tau pokok ni ada di laman .. meriah dengan daun.. padanlah meriah mereka berterbangan mengganggu konsentrasi dilaman... nampak 2 ekor ni je baby sirama-rama... yang sebelah kiri menghayun badan kekiri dan ke kanan bila merasakan yang sikanan menghampirinya.
Komunikasi suruh jgn kacau territory nya...barangkali




Walaupun sayang rama-rama babynya akak tak suka... maka daun tempat landing mereka akak landingkan ke tanah.. dan oops buat tak sengaja terpijak..



Lemon 1

Lemon 2... paling tua dan bantut

Lemon 3... port si baby2 tu..baru nak pandai berduri 

Isnin, 12 Mei 2014

Petola pulut kembali lagi..

Pokok utama yang gagah dan meriah berbuah  dah meninggal semasa musim panas yang lalu... tetiba ada pula cabang lain yang naik dari bahagian lain ... itulah kuasa Allah... diberinya hujan lebat ... nah ambillah hasil tu.. satu-satunya yang membesar.. sudah dituai dan sudah dihadiahkan kepada Mak Chek En Boss... sebelum tu  jenguk-jenguk petola segi benih yang dipesan dari Olive... minggu lepas bukan main berbunga hati akak :) sebab pollinasi berjaya... dan dia menyorok dibawah daun-daun petola pulut yang lebar... namun saiznya tetap macam tu dan buah sudah menguning.... hmmm tak menjadi la tu.. tak pe kita tunggu lagi. .. Jika positif alhamdulillah.. Semoga murah rezeki jiran sekeliling...



Bunga petola segi... sama je rupanya dgn bunga petola pulut

Foto minggu lepas ...

Daun petola pulut vs petola segi (saiz kecil)