Isnin, 12 Mei 2014

Petola pulut kembali lagi..

Pokok utama yang gagah dan meriah berbuah  dah meninggal semasa musim panas yang lalu... tetiba ada pula cabang lain yang naik dari bahagian lain ... itulah kuasa Allah... diberinya hujan lebat ... nah ambillah hasil tu.. satu-satunya yang membesar.. sudah dituai dan sudah dihadiahkan kepada Mak Chek En Boss... sebelum tu  jenguk-jenguk petola segi benih yang dipesan dari Olive... minggu lepas bukan main berbunga hati akak :) sebab pollinasi berjaya... dan dia menyorok dibawah daun-daun petola pulut yang lebar... namun saiznya tetap macam tu dan buah sudah menguning.... hmmm tak menjadi la tu.. tak pe kita tunggu lagi. .. Jika positif alhamdulillah.. Semoga murah rezeki jiran sekeliling...



Bunga petola segi... sama je rupanya dgn bunga petola pulut

Foto minggu lepas ...

Daun petola pulut vs petola segi (saiz kecil)

11 ulasan:

  1. Kak pun ada benih petola pulut ni tapi tak berani nak tanam lagi sebab kak tengok pokok ni suka merimbun betul. Tepi2 semak pun dia boleh hidup membesar memanjat pokok2 berdekatan.

    BalasPadam
  2. petola pun macam2 jenis yer kak.

    BalasPadam
  3. BUAT MASAK LEMAK SEDAP NI... :)

    BalasPadam
  4. Kat rumah di kampung depan rumah merimbun dengan petola ni, senang betul naik dan berbuah.

    BalasPadam
  5. Itu namanya blustru, saya baru mau tanam minggu ini, benih dah datang dari minggu lalu, tapi tak sempat semai

    BalasPadam
  6. salam Mar,
    Menjadi benar petola sarang ni kalau Mar yg.tanam..rasanya tiap2 musim Mar tanam kan.

    BalasPadam
  7. Kak Mar,

    Petola ni sama tak dengan petola ular? Tak sama kan? Tapi kalau tumis dengan bawang merah, bawang putih and herba campur and kunyit sikit.. Oh my God! Terliur dah ni.. sebab lapar kekekeke

    BalasPadam
  8. Boleh saya tahu, puan tanam petola sarang ni secara kecil-kecilan ? Kerana saya berminat untuk membeli petola sarang dalam kuantiti yang banyak / pukal

    BalasPadam
  9. assalamualaikum
    sy tgah cari pokok petola pulut utk buat ubat batukarang kat mana boleh dapat ye

    BalasPadam
  10. Saya ada jual jika enc haidi nak...

    BalasPadam