Jumaat, 9 Mei 2014

Hasil singgah di Ringlet, Cameron Highlands

Stori mori jalan-jalan lagi. Rentetan dari entri semalam. Sebelum sampai Ringlet kami dah bernawaitu nak minum teh tarik mahal diladang teh di Cameron Valley, makan scone, karipap dan akak teringin teh pudina. Semua perancangan dan angan-angan terbantut sebab kami tidak memikirkan bahawa semalamnya iaitu Jumaat adalah cuti sandwic diantara hari Hari Buruh dan hujung minggu. Sudah pasti kawasan peranginan terkenal ini diserbu oleh pelancong. En Man kawan En Boss menasihatkan kami tak payah la meneruskan perjalanan melalui Simpang Pulai kerana jam 'bumper to bumper' katanya. Untuk sampai ke Brincang akan mengambil masa lebih dari satu jam. Oleh kerana hari dah pukul lima (agak-agak je ni ..dah lupa) switch plan... kena ikut Tapah yang popular dengan tempat meriah untuk muntah belilah  kalau pemandu tak mahir la... dan condition kereta yang berenjut-enjut tak tentu arah tu... dah lah corner kiri kanan yang memenatkan.. pasti muntah... HS pun pening... akak penat je sebab En Boss memang begitu caranya !! Tawakkal je la...Balik semula cerita singgah :).. Singgah kononnya nak memborong yakon yang sedap tu namun En Man tidak menggalakkan kerana hasil kali ni cinonet je dan tidak berkualiti katanya... penjual pun boleh nasihat macam tu..itula kawan namanya... kebetulan waktu ada buah ni.. beri biru katanya... setiap kami diberi rasa sebiji seorang.. dipotong dan disedut isinya... rasa memang sedap... sebenarnya kami dah pernah rasa kat sini juga... akhirnya hampir RM30 kami borong sebab HS yang minat sangat... dari dulu tertanya-tanya.. kalau tak musim memang tiada la... kata En Man peluang ni setahun sekali.. puas HS makan ... 3 pek RM10 ... adik di Ipoh pun dapat habuannya juga ..

spesis blue berry yang mana satu akak tak pasti... kalau google banyak juga pesen buah ni.. yang pasti ini bukan anggur atau blackcurrant




HS sudah mula operasi menjana minda... mau bikin eksperimen lagi... 
berapa banyak da!!! dia makan sorang...

Hasil rendaman kulit yang dia tak mahu makan... kenapa masam air ni mak tanyanya? Tak dapek mak nak menjawab dari segi saintifik... mula la akak membebel :) baca buku banyak-banyak....

sebagai memperingati pemberian isteri En Man yang budiman... 
HS dapat hadiah bunga ni... pemberian lagi... hari tu dia turun KL akak dapat avocado... 
semoga persahabatan kami berpanjangan


8 ulasan:

  1. Eh Mar, buah ni tak dak biji ke, kalau dak boleh cuba tanam.

    BalasPadam
  2. Memanf la teramat jem..cuti lepak rumah jea

    BalasPadam
  3. Putih rupanya isi..teringin plk nak rasa

    BalasPadam
  4. Kalo di sini namanya jamblang atau gowok. Rasanya masam, tapi kaya antioksidan kulitnya. Sering buat obat tradisional.
    Hey... love the flowers!

    BalasPadam
  5. salam k mar...terasa lama benar tk singgah CH...miss plk rasanya..

    BalasPadam
  6. Kak Mala.. ada simpan kak .. cuba2 juga nanti untuk semai

    Cheq Da... kan.. lagi best duk umah

    Nadia... isinya manis.. kulitnya masam


    Endah..saya sudah google perkataan jamblang... kelihatannya sepertiberbentuk bujur berbanding dengan yang ini..

    @na.. tu la akak pun dah lama.. dapat turun sekejap dah rasa bahagia

    BalasPadam
  7. Oh ya, betul Kak Mar, ini gowok nama lainnya kupa!

    BalasPadam
  8. Hi semua..untuk pengetahuan semua, ini bukan buah gowok atau kupa atau jambang atau keriang..nama buah ini adalah buah jabuticaba yang berasal dari Selatan Brazil. Rasanya seperti anggur, masam masam manis. Berbuah dengan banyak pada batang pokok (amat unik). Boleh google buah ini untuk maklumat yang lebih tepat. Terima Kasih! :)

    BalasPadam