Kemalasan dan kelemahan selepas sakit masih melanda diri... nak up posting dlm blog bukan main -main malasnya... nak angkat tangan aduh... berat sungguh... apatah lagi jari2 ni... nak sentuh skrin huruf juga malas... puasa ni lagi malas... hari ni pun cuti bagi gantikan hari Sabtu berbengkel... alWaqiah asik berulang kerana bacaan hilang dalam kemengantukan dan keletihan...sabar je la bagi melalui hari-hari mendatang .. kerisauan pasti ada kerana kesembuhan belum sempurna... semoga ibadah puasa tahun ni Allah izinkan lebih sempurna dari tahun-tahun sebelum.. terima kasih diatas doa kawan-kawan semua... hanya Allah yang dapat membalasnya..
Pastinya hari ni akak masak nasi dan air sahaja ... lauk berbuka En Boss akan beli aja dan rendang daging usaha memantai kami berdua masih berbaki.. kali ni malas nak snap foto... rupa rendang la juga kan!
Beli daging kerbau 2 kg, santan 5 pek, kerisik, serai 9 ikat.. halia, lengkuas dan cili api segenggam.. cukupla untuk kami berbuka 3 beranak...bersahur 4 beranak (sebagai peringatan lepas ni jgn tanya lagi berapa qty ingredient nak guna.. we are getting old.. )
semalam berbuka pun makan tak banyak... risau juga dengan perubahan selera.... sebelum tidur dapatla menghabiskan avocado Cameron Highlands.. 4 biji RM 10.. beli dari En Man.. baru rasa boleh makan..
Setelah sekian lama .. pusingan kedua selesai dituai... nak buat sambal gesek je la atau jadi ulam je..bila dah tuai ada lagi untuk pusingan ketiga.. alhamdulillah...
Hari panas sangat dah stress lili ni... bila stress dapatlah bunga.. masih tertunggu-tunggu saat semua bulb berbunga !
Keratan anak burung ni pun dah mula berbunga... alhamdulillah..banyak pokok yg kering bila ditinggalkan.. anak pokok longan dan dokong dah tak dapat diselamatkan lagi.. kedondong juga diserang serangga putih... sabar je la..
P/S semuga kita beroleh kejayaan di bulan yang mulia ini... selamat beribadah kawan-kawan semua..