Kemalasan dan kelemahan selepas sakit masih melanda diri... nak up posting dlm blog bukan main -main malasnya... nak angkat tangan aduh... berat sungguh... apatah lagi jari2 ni... nak sentuh skrin huruf juga malas... puasa ni lagi malas... hari ni pun cuti bagi gantikan hari Sabtu berbengkel... alWaqiah asik berulang kerana bacaan hilang dalam kemengantukan dan keletihan...sabar je la bagi melalui hari-hari mendatang .. kerisauan pasti ada kerana kesembuhan belum sempurna... semoga ibadah puasa tahun ni Allah izinkan lebih sempurna dari tahun-tahun sebelum.. terima kasih diatas doa kawan-kawan semua... hanya Allah yang dapat membalasnya..
Pastinya hari ni akak masak nasi dan air sahaja ... lauk berbuka En Boss akan beli aja dan rendang daging usaha memantai kami berdua masih berbaki.. kali ni malas nak snap foto... rupa rendang la juga kan!
Beli daging kerbau 2 kg, santan 5 pek, kerisik, serai 9 ikat.. halia, lengkuas dan cili api segenggam.. cukupla untuk kami berbuka 3 beranak...bersahur 4 beranak (sebagai peringatan lepas ni jgn tanya lagi berapa qty ingredient nak guna.. we are getting old.. )
semalam berbuka pun makan tak banyak... risau juga dengan perubahan selera.... sebelum tidur dapatla menghabiskan avocado Cameron Highlands.. 4 biji RM 10.. beli dari En Man.. baru rasa boleh makan..
Setelah sekian lama .. pusingan kedua selesai dituai... nak buat sambal gesek je la atau jadi ulam je..bila dah tuai ada lagi untuk pusingan ketiga.. alhamdulillah...
Hari panas sangat dah stress lili ni... bila stress dapatlah bunga.. masih tertunggu-tunggu saat semua bulb berbunga !
Keratan anak burung ni pun dah mula berbunga... alhamdulillah..banyak pokok yg kering bila ditinggalkan.. anak pokok longan dan dokong dah tak dapat diselamatkan lagi.. kedondong juga diserang serangga putih... sabar je la..
P/S semuga kita beroleh kejayaan di bulan yang mulia ini... selamat beribadah kawan-kawan semua..
Murah rezeki dengan tema warna kemerah-merahan ya Kak Mar.
BalasPadamMoga sembuh back to self energy cepat-cepat dengan hikmah bulan puasa ini.
Salam Kak Mar,
BalasPadamAlololo siannya dia hehe. Takpe first day puasa. Esok lusa ok lah tu.
Eh, Selamat berpuasa Kak Mar :)
BalasPadamsambal gesek tu sambal belacan ke....itu pun tak tau selamt berbuka
BalasPadamselamat berpuasa kmar..seronoknya cili masakmerah dipokok...:)
BalasPadamNice peppers!
BalasPadamcantik cabai akak
BalasPadammoga akak sihat2 selalu
take care ea :)
cantik cabai akak
BalasPadammoga akak sihat2 selalu
take care ea :)
Wah rezeki bulan puasa...cantik cili nya...semoga cepat sembuh k.mar...selamat berpuasa
BalasPadamsalam ramadhan
BalasPadamsinggah pagi....lama rasanya sy x blog walking
hari ini ada peluang so singgah jap =)
Salam Ramadhan Mar. Cantik cili tu. Menjadi juga ya. Harap Mar cepat sembuh dan dapat menjalani ibadat puasa ini dengan sempurna.
BalasPadamsalamun aleykum
BalasPadamwww.esradan.blogspot.com
Assalam kak mar,
BalasPadammeriah tgk pokok cili akk tu. :)
Selamat berpuasa kak dan selamat menjalani ibadah puasa. :)
salam ramadhan k mar;
BalasPadammoga k mar sekeluarga diberi kesihatan yg baik utk menunaikan ibadat puasa...
k mar, bila senang2 upload la cara buat sambal gesek tu...mcm best je
salam 5 ramadhan mar.muga cepat sembuh.. bawah pokok cili tu pegaga ya.. nampak segar je..buat masak lemak cili padi campo bilis..sedapp..
BalasPadamSelamat berpuasa kak Mar, cantiknya cili2 tu, get well soon :)
BalasPadamsalam ramadhan mak suka suka tuu.., ehhee
BalasPadam