Isnin, 2 Jun 2014

Petola tercekik!!

Petola pun boleh tercekik ha ha ha... tu la dia .. cekik/selit/sepit/jerut... semua perkataan yg boleh gambarkan situasi ini..

gara-gara tak teliti dan sudah pastinya petola ni pandai menyorok tercekikla dia kat celah-celah jaring pagar tu... kalau asalnya akak tahu pasti dah dialihkan... alkisahnya masa akak ke kebun sebelah rumah untuk kemaskan rumpai dan ulam raja yang tak berhenti-henti subur... dan juga nak sekolahkan sulur petola yg ganas merayap... kesana kemari... takut naik ke awning.... kalau tak buat ... nanti .... hai mesti berasapla mulut En Boss bising kata tak reti jaga...  :)

Dalam tarik2 dan putuskan pelilit petola yang macam spring tu... terkejut badak juga akak ni.. ada orang tersepit dan tercekik tak boleh nak membesar lagi... urut dada kejap... nampak macam pak lingkau je... 

rezeki akaklah nampak buah ni... kalau tidak cepat aje dia memanjang dan bersabut.... dah selamat akak celur.... hmmmm wangi dan manis...alhamdulillah.
 Maszz Omar --- Blog Laman Husna pun ada buah petola ni.... 

Kesan terjerut

Elok je dia dalam jaring tu


Nampak macam pak lingkau kan!

Pandangan dari laman sendiri... sape nampak?

Yang ni sudah  terang lagi bersuluh... nawaitu nak kasi jiran2

Dan yang ini

Sulur yang nak comquer pokok mangga!

P/S Nadia.. ni la petola pulut... akak pun baru tahu namanya...

9 ulasan:

  1. pandai pulak dia masuk celah tu.. boleh kecut perut jugak kalau tengah selak2 daun skali nampak camtu.. >.<

    BalasPadam
  2. Salam Mar,

    Mak Aji baru kenal ni petola pulut. Boleh celur cicah sambal belacan ya. Agaknya boleh sayur tumis air sedap juga kut ya? Kesian nengokkan dia terjerut tu! Kalaulah dia boleh bersuara, nescaya dah minta tolong dah! Yalah semacam pak lingkau, eeh!

    BalasPadam
  3. Subhanallah, suburnya Kak Mar! saya baru semai bijinya kemarin. saya belum pernah menanam sebelumnya. menyenangkan sekali...

    BalasPadam
  4. Petola pulut/ular ni memang cepat membiak dan berdaun lebar.Itu yang pikir 100x sebelum nak tanam. Biji benih dia dah simpan berbulan-bulan dalam stok.

    BalasPadam
  5. betul kak. nampa macam pak lingkau je...

    BalasPadam
  6. salam k mar...
    ingatkan org je tercekik...petola pun boleh...hehehe

    BalasPadam
  7. Kak Mar, sedapnya buat tumis dengan herba campur!

    BalasPadam
  8. Petola ni nak ramping gaknya.
    Tangan Kak Mar menjadi-jadi dengan spesis petola :).

    BalasPadam