Assalam dan selamat sejahtera... Dah hari ke tiga raya kan!Ada kawan-kawan yang dah mula kerja.. Baru dapat berita adik kepada adik pembantu akak di ofis telah kembali kerahmatullah semalam.. Takziah buat beliau dan keluarga.
Kali ni akak macam banyak masa pula untuk mengadap laptop :) oh.. ya laptop ni baru lepas repair sebab skrin dia dah gelap gara-gara terhentak semasa En Boss terlanggar bumper dengan kuat sekali.. nak raya terbang lagi duit.. berkorban la sebab peralatan ni penting untuk akak cari rezeki.. untuk buat kerja ofis kat rumah..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan selepas pelbagai incident suka duka secara fizikal dan mental di dalam Ramadhan kali ini dan Syawal yang baru dua hari berlepas... sebenarnya hari raya pertama lagi rasa macam demam nak kembali lagi... kuatkan hati .syoh syoh pi jauh jauh demam...alhamdulillah diperkenankan doa.. yang tinggal sakit kaki je lagi .. berdengkot la sikit jalan ni .. dah OKU pula .. semoga semua tu sementara je..beraya dalam jerebu dan panas terik boleh menarik mood gembira..sebab tu untuk raya akak memang kena pilih baju dan tudung yang menyejukkan badan.. maka setiap tahun jenis tu je la yang akak pakai... korang pakailah shawl lilit ke .. apa ke akak tetap dengan tudung fabrik T-Shirt..
Entri kali ni sebagai catatan peribadi akak beraya tahun ni.. Pagi raya anak-anak dan suami dipermudahkan juga untuk sama-sama solat sunat Eidul Fitri.. alhamdulillah..
Perjalanan raya - melawat mak mertua adik ipar, melawat anak saudara yang dah jadi anak yatim di Kuala Sungai Baru (adik bawa ayah sekali.. ayahku yang dah sangat uzur nak berjalan juga) dan berkumpul di rumah mak saudara En Boss di Rembau . depa ni dah kautim buat potluck di raya pertama disini.. lapan keluarga adik-beradik FIL.. masa ni akak dan adik dan anak saudara serbu pokok manggis yang buahnya dah jarang-jarang... merasa jugalah buah ni.. bukan apa saja makan dengan alasan untuk sejukkan badan.. terlupa pula nak suruh budak2 ni posing dibawah pokok manggis :) malam baru kami sampai rumah.. semua penat..
kami menziarahai mak mertua adik ipar yang sakit parkinson dah lebih tiga tahun rasanya... sebelum tu lepas parking kereta ditepi jalan rumahnya ...bila keluar dari kereta.. masyaallah warna striking ni menyambut akak.. siap ada rama-rama berkeliaran lagi.. bagi meredakan sakit kaki untuk mendaki tangga ke rumah makcik ni akak belek dulu bunga butang bujang (bachelor's button) dan rama-rama ni.. siap cakap ..give me the best snap baby!! :) .. pagi - pagi raya dah buat fe'el kan!.. ni la terapi untuk akak untuk redakan kesakitan yang ada..
dah elok-elok fokus terbang pulok
ni baru clear
terlupa nak snap the whole strech of this flower's patch.. memang meriah dihari yang terang..
sebelumnya .. dirumah intai-intai laman depan rumah.. kali ni hijau je.. tiada warna warni sebab hari panas terik sebelum ni.. intai je la sikumbang oren ni.. dia pun pandai lari-lari
Raya kedua - Ke Kuala Pilah pula, ziarah mak saudara En Boss.. nawaitu nak keluar sebelum pukul 10 namun pukul 10 lebih juga kami keluar... ramai ahli banyak la ragamnya.. akak dah prepare sebelum subuh lagi ... semua dah maklum jalan KP ni always jam bumper to bumper... selepas pelbagai penerangan dan aktiviti ziarah mak saudara adik ipar bawa kami kerumah kawannya .. lunch dah siap.. lupa lagi nak snap lauk gulai pucuk ubi dengan ikan tenggiri salai.. umanggai sodap!! keliling rumahnya masyaaAllah banyak pokok buah juga.. kali ni kami kenduri buah; rambutan, salak dan manggis...
ambil kesempatan round-round sekeliling rumah sebelum hari hujan.. akak pasti teruja bila tengok tutup bumi ni bertempek-tempek ditengah padang... google la untuk khasiatnya.. macam pokok sayur kan!
jiran ni lagi buat akak tak senang duduk:) mula-mula ingat nurseri .. rupa-rupanya persatuan untuk youth katanya.. ada aktiviti camping.. macam-macam dia orang tanam...
Entah spesis apa ni.. cantik bunga ni tersembul dari pagar jiran tu
Setelah rumah kawan kami ke rumah mak saudara En Boss dan rumah mak saudara di Jelebu
Lalu ikut Pertang untuk ke Jelebu.. jalan utama sudah mula sesak.. malam sampai rumah... makanla korang telur dadar tu ya.. dah macam-mcam makan dua hari ni kan! Selamat Beraya semua.. hari ini insyaaAllah sambung ziarah lagi.. bumi Seremban dua hari ni makin sejuk alhamdulillah.. dapat hujan rahmat sebentar!
Bunga yang cantik tersembul tepi pagar tu nama melayunya bunga songsang..
BalasPadamOrang barat kenal dia sebagai 'gloriosa'
BalasPadam