Selasa, 22 Julai 2014

Rendang kali kedua Ramadhan ini

Minggu kedua Ramadhan..sebelum demam kali kedua En Boss buat lagi rendang untuk lauk bersahur... anakanda sulung masa tu masih final exam ... suka dia kami tinggalkan lauk untuk dia berbuka dan bersahur di Seremban ni.. rasa lega dia dah habis Semester ni dikampus baru Seremban 3.. lepas ni praktikal ..Dengarnya kena berulang juga ke sini dari Shah Alam... kena beri guna kereta lepas kemalangan ni...

Rajin kali ini En Boss buat rendang... akak hanya siang daging je.. yang lain-lain semua dia buat.. caiya la Boss.. sepanjang masa pembikinan akak dengan happynya membelek pokok-pokok dilaman.... time menggaram barulah akak campur tangan.
Untuk raya ni kena la sama-sama buat sebab nak kena buat rendang ayam pencen juga

Abaikanla kuali yang sememeh tu... proses memang gitu dok!

Bersiaran dari Restoran Kampung Pandan.. 
Kari kepala ikan yang sedap.. selepas iftar ringan di rumah dan solat maghrib berangkatla kami ..
Ikutkan je arahan En Boss mana nak Iftar hari ni. I Follow...


4 ulasan:

  1. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    BalasPadam
  2. wahh ni bukan iftar ringan nih mak., ahHKs

    BalasPadam