Jumaat, 15 Ogos 2014

Entri Terbenam - Jalan Lama Bukit Putus

Bukit Putus nama diberi , pasti ada sejarahnya bila gelaran diberi... dengarnya bukit - bukit di situ tidak bersambung dan putus-putus...  kalau takut jalan bengkang-bengkok memang seriau lalu disini ( bondaku la tu) .

Kalau lalu disini...Angin lalu menerpa hidung menghamburkan bau hutan dan tanah yang bersatu.. Tingkap kereta selalu dibuka untuk menikmati udara segar ni.. semulajadi ...akak dan En Boss la tu.. suka sebab sejuk dan nyaman..

Bila dah ada highway jalan ni kami tinggalkan.. nak cepat sampai kononnya... silap-silap masa dan haribulan jem bumper to bumper.. suatu ketika En Boss rindu nak lalu sini.. I follow je..

Banyak yang dah berubah.. masa kami berhenti di Agro Park.. lupa dah namanya .. nanti dapat nama yang betul akak edit kemudian ya.. dah ada pula hotel kecil beroperasi... lokasinya sebelum sampai Seremban.. ada restoran bagai!!.  Kami buang masa kat sini sekejap... tempat macam best je...   harga boleh tahan.. beg duit kena tebal juga... Foto-foto untuk rekod peribadi kami..






















3 ulasan:

  1. Kak pun kalau boleh lalu kawasan hutan atau bukit, cukup suka bau tanah dan pokok-pokok hutan. Lepas tu boleh rasa angin dingin yang menghembus...sejukk..boleh bayangkan suasananya. Tenang dan nyaman rasa.

    BalasPadam
  2. Sepertinya tempat yang sangat nyaman... tanamannya cantik.

    BalasPadam
  3. Kak Mala.. betul tu kak.. jimat minyak kan!... Fraser Hill, Cameron Highlands dan Genting + Genting Peras semuanya nyaman mata nyaman udara

    Endah... tempat ini banyak tanaman cuma kami tidak keseluruhannya berjalan-jalan disini

    BalasPadam