Isnin, 11 Ogos 2014

Mengkudu BTR


Dalam perjalanan ke kedai nasi lemak En Boss jumpa pokok ni.. tetap nak snap dan cerita walaupun dah ada entri pasal mengkudu ni... ooo  baru perasan 1 Januari 2014 akak snap pokok ni ..aduhai lama baru nak kongsi foto ya... kawasan pokok ni tumbuh memang subur sebab dapat khasiat dari hampas teh dari kedai tu... seronokla pokok-pokok disekitar tu...

putik-putik mengkudu sedang  dalam proses 


Macam alien kan! bertanduk-tanduk rupanya.. padahal kudup bunga nak keluar

dah jadi buah... siapa tahan masak buah ni... setahu akak .. bonda akak tu la yang rajin.. tapi baunya masyaaAllah tak tahan I.. satu rumah berkerut muka .. makan jus yang dah direbus tu akak tahan. pula.. gugel la kalau nak tahu khasiatnya... akak minum jus untuk stress dan darah tinggi.. 


Tukang yang rajin.. lebah tukang bekerja



11 ulasan:

  1. salam ziarah puan..
    "yang pahit itu ubat" tapi saya x pernah pun minum jus or mkn mengkudu ni..nak try sekali..

    BalasPadam
  2. Salam. Hee sungguh rajin bonda akak suka-suka itu.

    BalasPadam
  3. mengkudu daun besar kami pun nmpk kuntum2 mcm ni k mar...

    BalasPadam
  4. banyak khasiat mengkudu ni kan...
    tapi tak juga makan

    BalasPadam
  5. Buahnya terbiar tergolek-golek kat tanah di sini. Belum ada chance nak buat ujikaji hehehe...

    BalasPadam
  6. Ada sorang kawan kak orang Perak suka makan buah masak. Caranya hiris nipis tabur garam dan makan. Tengok dia makan selamba saja macam tak dak apa2 kak pun cubalah..wekkk terkeluar balik!

    BalasPadam
  7. busuk kan buah mengkudu ni
    tapi boleh dituam untuk pesakit buasir

    BalasPadam
  8. Jus buah mengkudu yang sudah masak baik bila diminum Kak, salah satunya menghaluskan kulit.

    BalasPadam
  9. blog ni banyak tanaman herba..identiti blog yang jelas bagus ya..

    BalasPadam
  10. Sy pun tak tahan dgn bau nya...tapi mungkin kalau dh sakit dan mengkudu sebagai penawar..terpaksa la mkn kan

    BalasPadam
  11. kak nah xpernah rasa lg jus buah mengkudu..tp pucuknya..aruah mak dulu selalu buat kerabu, masak lemak, rencah nasi kerabu atau buat ulam..rasanya sedap lemak2 pahit =)

    BalasPadam