Jumaat, 22 Ogos 2014

Tuaian minggu lepas dan minggu ini

Minggu ke tiga syawal ni sempat bermesra dengan laman bila hari dah meninggi. Terpaksa la tahankan panas terik , sekejap lepas tu bayu dingin bertiup lepas tu terik balik... ingatkan hujan petang tu..
aktiviti hari Sabtu:
1) sediakan patch baru untuk tanam sayur .. stok baru adalah Giant Red dan Mizuna... ( malam tadi - malam selasa) dah semai).. banyak benih bendi tak semai lagi..
2) tukar pasu Rose Jepun .. buang tanah lama .. tukar dengan tanah RM 1.00
3) Jadi pemburu siput bab.. kata Cucubulat si Cadxx
4) Ariel lama yang dikeluarkan oleh FIL dari stor akak gunakan sebagai trellis akar dani
5) Pokok bangun-bangun (cuban oregano) yang dah terlampau matang ( pasu plastik kecil , akar merayap keluar jauh kedalam tanah dan kawasan sekeliling kerana patch tu sangat subur dengan tinja sicacing... boleh kenal pasti tempat tu subur sebab rumput yang tumbuh juga gemuk-gemuk dan gebu.. lagi mereka suka sebab sarang mereka jadi sejuk).. pokok bangun2 ni akak patah-patahkan dan cucuk disepanjang patch.. siapa yang survive nanti kita tengok
6) menjelang pukul dua terpaksa berhenti kerana nak balik KL dah.. kena kemaskan segalanya sebelum gril dikunci... mangsa lagi lutut ni .. nak kerja siap dan cepat..

sehingga jam terakhir kami meninggalkan pagar Seremban ni hari makin menjadi-jadi panasnya... panas telinga dalam kereta sebab lewat keluar rumah :) panas lagi suasana open house kawan En Boss.. En Boss nak jumpa En Boss dia pula.. terpaksa join juga open house wp kesihatan masih belum mengizinkan.

Semalamnya (Sabtu) hujan dingin dibumi Seremban dari pagi membawa ke petang... nyaman rasanya.. sebelum hari hujan sempat juga melawat kawasan nak tengok apa hasil pagi Sabtu !.. dapatlah 3 biji petola pulut..dah tuai dan snap bagai .. ronda kat pokok belimbing pula .. masih berbuah ( untuk rekod bahawa buahnya masih aktif dikeluarkan menjadi juga petua letak nasi yang tak habis makan tu) .. semalam letak lagi... pokok belimbing dibelek untuk cari putiknya untuk ubat batuk En Boss... dapat la juga...buah dah banyak yang matang.. wahai jiran-jiranku silala mengambil buah belimbing itu... kalau tidak jadi kompos asli je la bila dia gugur .. juga dah pesan kat seorang jiran di bahagian bawah sana .. jumpa masa open house jiran depan rumah..

layan jela foto petola yang subur berbuah ni dan belimbing buluh yang lazat kalau dibuat gulai... haih terlupa la nak ambil lebih untuk adik pembantu di ofis ni..
Minggu sebelum

Masih melilit pd lain-lain
 pokok..juluran sudah di tarik kpd aliran kelompok petola ni..


Minggu lepas




Dah pesan pada jiran untuk tuai
 sebelum dia berserat


Rezeki jiran - minggu  lepas

Belimbing buluh yg tak putus-putus berbuah (utk rekod sendiri) ..selalu letak baki nasi dipangkal pokok.. banyak yang gugur kerana tiada yang berminat







Tuaian minggu sebelum..yg putik belimbing untuk ubat batuk




p/s : kejadian yang mengharukan - seekor anak siput bab telah bangun dari pengsan garamnya dan melarikan diri.. adoi... entah apa pula mangsa dia nanti... macam rasa dia nakkan bayam malabar akak yang sangat subur tu je..

4 ulasan:

  1. belimbing buluh sedap buat sambal itam :)

    BalasPadam
  2. siput cad**** tu sy hanya ikut2 viral di intenet jer,hihi
    btw gemuk2 la belimbing buluh sis.saya punya pokok baru paras paha,,lambat lg nak merasa..

    BalasPadam
  3. Byk nya beliimbing Buloh sedap tu taruk dlm Gulai ikan ns dagang Terengganu..
    Byk kerja2 akak buat!

    BalasPadam
  4. Suka tengok belimbing buluh. Campur dalam masak lemak udang, ketam atau ikan ke sedap...

    BalasPadam