Jumaat, 12 September 2014

Dugaan lagi

Sebelum subuh dapat info dari whatsap.. mak sedara akak yang arwah En Boss tanggung dan ambil tahu dah sakit semula. HP akak ni habis bateri.. nasib juga ada wasap untuk berhubung melalui fon lain.. ML muntah-muntah dan tidak sedarkan diri.. dah suruh anaknya call ambulan untuk bawa ML ke hospital .. dia serba salah takut anak yg lain pula marah.. heshh akak ni jadi pening... orang sakit bawala ke hospital.. masih susah nak buat keputusan sebab tak suka gaduh-gaduh.. kalau ada arwah ni senang sikit nak uruskan.. nawaitu nak bantu pun terbantut.. akak dah apply EL, batalkan kehadiran di tahlil arwah pejabat arwah En Boss kerana memang En Boss utamakan ML ni ... apa kan dayaku.... anak-anak pun marah kenapa diaorang tak bawa ML ke hospital!


Selepas subuh akak plan ke ofis uruskan hal cuti, tinggalkan tugas kat adik pembantu dan isi perut dulu sebab nak makan ubat bp.. kami breakfast di Tangling dan jumpa sekejap dengan nurseri bergerak yang diuruskan oleh penjaga anak yatim kerana minggu lepas akak dah order hydrangea saiz pokok kecil.. tiada rezeki.. hydrangea yang besar je yang ada RM 50.. akak penjual terlupa pesanan akak.. akak malas nak ambil yang besar sebab dlm perancangan nak ke hospital dan tak mahu la pokok tu tinggal dalam kereta.. kalau kecil boleh je akak jinjing ke hulu ke hilir di hospital tu...

akhirnya akak duk di rumah ni standby je dan baca surah Yassin untuk arwah En Boss.. semua perancangan tak dapat dijalankan dengan sempurna... siapa lah kita !!

 sambil tu akak up la satu entri sebelum tunaikan duha..


dah jadi cenggini pula.. hydrangea tiada, ke hospital pun tiada..

sempat juga akak snap..pokok ni.. katanya dari Beijing cempaka bola katanya .. dah tak ingat namanya main sebut je ni.. next week tanya lagi..  siapa yang berminat Jumaat, Sabtu dan Ahad akak ni ada di Tang Ling... membeli sambil menderma.. minggu lepas akak dah rembat dua pasu pokok bunga wangi... belum semput up lagi kat sini..

close up... bunga ni besar... bolehla masuk dalam wishlist


P/S
10:55 Baru je dapat mesej ML masih otw ke hospital.. adoiii... sedih betul.. kesian ML.. apa kan daya ku ML.. semoga Allah permudahkan perjalanan mu!!

 11: 20 alhamdulillah ML sedang dirawat...

7 ulasan:

  1. Cempaka telur ni memang wangi sangat ni..kat sini susah nak dapatkan pokok ni.

    BalasPadam
  2. Semoga ML awak cepat sembuh ye dear ..

    BalasPadam
  3. semoha ML akak cpt sembuh.
    Ni cempaka telur,,spesis cempaka ni mmg wangi!

    BalasPadam
  4. Semoga emak saudara kakak cepat sembuh, cantiknya bunga cempaka tu...rasa nak cari jg bunga ni...

    BalasPadam
  5. Kak Mar, dah lama saya mencari pokok ni. Pernah beli dari KBB tapi mati & tak de stok baru lagi di KBB. Boleh ke tolong beli dan poslajukan kat saya di BUTTERWORTH?

    BalasPadam
  6. Cempaka telur tu Kak Mar atau Magnolia COCO.
    Susah betui nak propagate cempaka ni.
    Sampai Tiny gardener tertunggu-tunggu hehehe...

    BalasPadam