Salam Jumaat...
Sebagai catatan dan ingatan sendiri .. sudah 12 hari kami sekeluarga ditinggalkan.. sudah dua kali Jumaat
Alhamdulillah..segala urusan berjalan lancar.. terima kasih atas ucapan takziah dan sokongan para sahabat maya yang tidak pernah bersua muka.. Semoga semuanya dilimpahi rahmat Allah swt..
Sebagai ingatan.. antara kata2 indah dari para sahabat arwah suami yang sempat akak rakamkan dari grup wasap arwah..
Tinggal kenangan..aku rasa semacam dia hidup ..aku masih rasa kemesraan gurauan senda nya..seolah2 dia masih disisi ku..Kau lah Saudara..Sahabat..kawan dan rakan..Hati kau sungguh mulia..kau mesra dgn sesiapa saja..Tampak garang tegas..cm orang tak makan saman..di sebalik itu dalam jiwa mu ada taman...
Sifat suka menolong orang dan kawan2..Silathurrahim mu berpanjangan..Sifat kasih mu mendalam..Sayang mu umpama seisi alam...Allah menyanggi mu..Allah mengasihi mu..Seolah2 kau berada di hadapan ku..tuk mengajak ku berbicara..apa kan daya.ku
😢😢😢😢
Dah banyak draf yang masih belum dipublish.. insyaaAllah bit by bit akan dipaparkan ...
Bunga labu botol yang hanya kembang waktu malam.. apakan daya .. masih belum menjadi buahnya.. dikongsikan rupa buah labu seperti yang tertera pada pek benih
Assalam kak mar,
BalasPadamDi harap kak mar dan anak2 terus tabah atas kehilangan suami tercinta. Semoga roh arwah d cucuri rahmat. Didoakan Moga menjadi la labunya nanti. :)
Salam Kak Mar.
BalasPadamTabahkan hati ya.
Semoga arwah di kalangan orang yang mulia.
Bunganya warna putih ya patutlah suka kembang malam. Wangi tak bunganya?
Salam mar.
BalasPadamSalam takziah dr sya. Maaf sya tk contact awk thro phon sbb no hilang. Dan sya baru tau blog ni mar punya.
Sya doakan semoga mar tabah dan kuat mhadapi hari2 mendatang. In syaa Allah semoga roh Allahyarham en boss di tempatkan bsama2 para solihin. Aamiiin. Al fatiha wat allahyarham.
assalam kakmar..
BalasPadambila akak post ttg en. bos akak sll dpt byg muka dier yg akak biasa share kan gambar tu..btul kawan akak tuh..org2 yg baik2 Allah sayang kpd mereka..semoga arwah dicucuri rahmat ameen...
tetap bertabah yer kak..take care..
Assalam akak..
BalasPadamsemoga akak terus tabah menghadapinya..dan diberikan ganjaran pahala yang banyak atas ujian ini.
Ibu Qis..waalaikumsalam..terima kasih diatas segala doanya insyaallah kami masih bertahan..
BalasPadamDiana.. waalaikumsalam terima kasih juga atas doanya.. rasanya tak wangi
Ana.. waalaikumsalam.. terima kasih atas doanya juga.. hmm dah tengok blog Ana.. tak boleh recall la.. Ana ni rakan seperjuangan juga ke .. emel je saya .. aqmalsaa@gmail.com
UAA..waalaikumsalam.. terima kasih diatas doanya .. Allah lebih sayangkan dia..insyaaAllah kami sekeluarga berusaha untuk berahar
Cucubulat ..waalaikumsalam..terima kasih atas doanya.. ammin
Assalamualikum kak mar,
BalasPadamSemoga kak mar tabah, sabar juga tegar dalam menempuh hari-hari mendatang.
Kekuatan kak mar adalah kekuatan untuk anak-anak kak mar.
Salam sayang buat kak mar.
Salam k.mar
BalasPadamSemoga akak terus tabah dan redha dengan pemergian suami...mati itu pasti kan k.mar..
As Salam kak mar;
BalasPadamMoga k mar sekeluarga terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini...
Salam Mar,
BalasPadamMoga tabah menghadapi hari yang mendatang. By gone be by gone. Yang hidup ini bertawakal dan berdoa lah sentiasa pada yang tersayang. Moga arwah dan jiwa kita kita sendiri kembali tenang. Bunga merupakan salah satu terapi jiwa yang indah, Nikmatilah dan berkongsilah keindahan kejadian Ilahi ini agar dapat mengurangkan sedih yang ada.
Sori lambat sampai sini, dah berderet orang masuk,
BalasPadamSalam takziah dari saya, smoga lebih tabah dengan ujian ini....
Salam Mar,
BalasPadamMak Aji tertunggu-tunggu Mar muncul di blog. Alhamdulillah muncul juga akhirnya. Moga Mar sekeluarga tabah menghadapi kehilangan suami tercinta. Kami sentiasa mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang solih. Moga dengan kembalinya Mar ke blog sedikit sebanyak boleh mengubat hati yang sedih.
Assalamualaikum Mar.
BalasPadamSemoga sentiasa tabah dan sabar..
Tee.. salam sayang dari akak juga..terima kasih atas pesanan - pesanan positif buat akak meniti hari mendatang..
BalasPadamNadia.. terima kasih dear.. betul tu .. tetap ada untuk kita semua detik itu..
Kak Mala... terima kasih kak.. insyaaAllah kami sekeluarga akan istiqamah bertawakal, bersabar dan tabah.. cuma kadang2 tu terbawa2 juga sedihnya..
Mak Aji.. waalaikumsalam.. terima kasih atas doa dan pesanan-pesanan positif... sebak juga baca komen Mak Aji ..insyaaAllah saya akan terus kembali berblog... buat ubat hati yang lara..
Ass'' anda butuh anka jitu/tembus 100% ,
BalasPadamAda solusi yang tepat, hubungi Mbah Suro di nomor 082354640471, anka yang di ramal beliau sudah di percaya oleh banyak orang pecinta toto gelap (togel)_