Jumaat, 3 Oktober 2014

Mengikut jejak

Sesi jahitan dah mula di sekolah HS.. minat juga nampaknya .. cikgu yg mengajar tak datang seperti yang dijadualkan.. dia belajar dengan kawan sekelas yang maknya adalah tukang jahit... sotai kain tu dikerjakan... macam baju perat P Ramlee dalam cerita Bujang Lapok... kononnya nak dapatkan saiz yang sesuai... tak rancang langsung hi hi..

Akak dan sepupu dulu pun mula pandai menjahit sewaktu darjah 3... mula2 belajar mata sulam...lepas tu pandai buat cantuman yg bulat2 tu...  pantang jumpa perca... ada je projek kami... sehinggakan berebut2.. kelas lanjutan kena buat buat smoking.. kena ke kelas pada setiap Sabtu... bas sekolah tiada... naiklah bas Toong Fong... tambang berapa sen tak ingat dah... rasanya dalam 10 - 20 sen kut..

Projek membuat bekas pensel HS. Semuanya kena jahit tangan. Sakit pinggang adik tunduk je..komplen HS..

PS: Akak tergamam seketika didalam ribut petir siang tadi... HS menangis tanya abah mana? Aduh.. kalut akak sekejap.. kena pujuk dan peluk dia... mengigau agaknya .. tertidur dalam bilik solat... terjaga sebab kepala terhantum... adoi dik.. mak jadi sebak semula ni.. 

11 ulasan:

  1. Semoga Kak Mar dan anak-anak tabah ya! Juga Selamat menyambut Aidiladha.

    BalasPadam
  2. Salam k.mar...k.mar pun berbakat dlm jahit2...cantik pencil case nya...:D

    Selamat menyambut Aidiladha k.mar

    BalasPadam
  3. Kalau dah ada mood nak menjahit, rasa seronok je kan.. =)

    Semoga akak sekeluarga tabah hadapi ujian ini.. Saya pun rasa sebak juga..

    BalasPadam
  4. Teringat zaman kecik saya dulu suka sgt Jahit pensil case mcm mar buat tu...❤️❤️❤️ Selamat hari raya haji...

    BalasPadam
  5. Assalam..

    semoga akak tabah sekeluarga...saya x rasa apa yg akak rasa...tp saya hrp akak kuat...demi anak2... :'(

    BalasPadam
  6. Ingat belajar menjahit waktu dulu...
    Selamat Idul Adha, Kak Mar...

    BalasPadam
  7. teringat kat arwah mak sy. dia memang tukang jahit yg dicari-cari org. pandai myulam, menenun, menggubah. sewaktu dia hidup, memang jarang kitorang pakai baju beli. semua baju dia jahit utk kitorang pakai. memang lengkap pakej perempuan melayu pd dia.. sayang anak dia tak macam dia.. T_T

    mgkin HS masih teringat2, cuma dia pendam dlm hati.. mungkin saja. mungkin.

    BalasPadam
  8. Nanti boleh buat bisnes..salam aidiladha ^^

    BalasPadam
  9. Masa zaman kak siap kena bawa rim lagi ke sekolah...hahahaa..waktu tu darjah tiga juga.

    BalasPadam
  10. Jahit pakai mesin tukang kebun tak berapa pass kalau menyulam bolehlah lagi

    BalasPadam