Selasa, 28 Oktober 2014

Morning Glory Mini

 Saiz comel je ni.. sebagai kenangan maal hijrah 1436H.. 


Dan si wangi ni

PS: Semalam kepenatan balik kursus dengan LRT... lama wei tak naik LRT.. demi nak mengelakkan jalan jam dihari hujan lebat... dan risau anak2 tunggu lama LRT terpaksa dipilih.. dah la terkial-kial guna token plastik tu .. ha ha akak dan adik pembantu pun 2×5.. ketinggalan zaman... 

hari demi hari di titi dengan rasa bercampur baur.. yg positifnya lalui dengan rasa semangat  yg tinggi demi mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan... demi membesarkan anak-anak demi kebahagiaan dunia dan akhirat.. 
minggu ini perlu lalui retreat jabatan dgn hati yg sabar... lab di Melaka puan boss gugurkan kerana bertindan waktu.. 
minggu depan perlu lalui satu lagi event yang besar...  begitulah kesibukan yg diharungi demi mencari rezeki dan sebagai pengubat kesedihan yang melanda.. pejam celik pejam celik hampir 5 minggu kami tanpa dia.. 


5 pagi..
disubuh yg hening baru dapat BW blog kawan2... hmm airmata tertumpah lagi bila baca blog MakLong aka kunang2.. kami senasib.. kehilangan the other half... jarak sebulan sahaja... ini semua kerja Allah.. akur sahaja akan ketentuanNya.. tabahkan hati ya Mak Long.. 

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Mar,
    semoga Kak Mar sentiasa tabah & dirahmati Allah selalu. MG tu cantik sangat. walaupun kecil tetapi ianya memiliki keunikan & kecantikan yg tersendiri. pic MG 3 serangkai tu amat menarik. rasa mcm nak lukis je hehe...Julie minta pic ni ye kak (utk dlukis :)

    BalasPadam
  2. As Salam kak mar...
    terharu sangat...moga k mar sentiasa dipermudahkan urusan...
    IN SHAA ALLAH

    BalasPadam
  3. Cantik morning glory purple tu
    Semoga kedatangan tahun baru memberi harapan baru pada Kak Mar, smoga diberi kesihatan yang baik dan dirahmatinya...

    BalasPadam
  4. cantik sangat kak
    yang ni, macam yang saya jumpa di cameron highlands dulu :)

    BalasPadam
  5. cantik bunga ni. mekarnya kena pd waktu, mungkin utk memberi keriangan pd hati kak mar yg menatapnya. inshaAllah, saya yakin kak mar kuat utk harungi kehidupan ini walaupun tanpa your other half.. mesti dia pun bangga dari sana, melihat kegigihan kak mar menjaga diri & keluarga.. :')

    LRT mana yg dinaik tu? saya tiap2 hari pergi kerja naik LRT.. hehe.. psst, ada kerja kosong? mwahaha.. ^_^

    BalasPadam
  6. Julie.. waalaikumsalam.. terima kasih atas segala kata semangat... bila dah lukis jgn lupa share hasilnya ya... nak juga tengok karya Julie..

    @na & Sudai.. terima kasih atas doanya ...

    Kak Mala..saiznya comel kak.. mcm rj je saiznya..

    Tihara.. kat mana ya Cameron tu.. rajin ke Mardi je..

    Bunda.. spesis melur juga tu..







    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Mar. Maaflah lama maklong tak BW. Jadi tak tau cerita. Semoga Mar tabah demi anak2.

    BalasPadam
  8. tabahlah Mar, semuga dengan bercucuk tanam..boleh menghilangkan sededihan..

    BalasPadam