Dalam pengisian waktu yang terluang (rasa sedih dan sunyi bertandang lagi dihujung minggu.. masa ni memang terasa sebab selalunya sibuk dengan arwah ke hulu ke hilir) dan akiviti menjejak kembali ke tempat - tempat arwah En Boss rajin bawa kami berjalan-jalan cari makan... masa tu kalau arwah free la... dan sebagai latihan dan memahirkan anakanda Siraj mengenali jalan-jalan utama yang biasa arwah lalui... previous week kami ke Klebang cari coconut shake yang popular tu... dah nak tutup baru kami sampai.. masyaaAllah ramainya orang.. masih beratur .. dapat juga makan nasi lemak yang sedap tu...kali ni kami ke Pengkalan Balak melalui Teluk Gong yang popular dengan bau yang tak berapa enak tu... sebelum ni penjual umpan empon-empon yang beritahu arwah Asam Pedas yang sedap ialah Kedai Mak Limah.. kami 3 beranak redah dan cari .. alhamdulillah jumpa... anakanda Siraj tak pernah makan disitu... dia selalu tak free untuk join kami kerana sibuk dengan aktiviti kolej dan assignmen... tanda-tanda pengesahan dan approve bahawa asam pedasnya memang sedap.. suka dia..
arwah macam dah tahu umurnya tak panjang.... banyak masa diisi dengan bersama-sama keluarga.. tidak seperti 8 tahun dahulu kerja siang malam dan hujung minggu .. 3 tahun terakhirnya memang diisi dengan aktiviti berkumpul dengan keluarga dan sahabat yang rapat yang memahami arwah..setiap cuti sekolah ada aja tempat yang kami tuju.. memancing, bawa anak-anak dan anak saudara... Grand Livina kami pernah terisi dengan 13 penumpang demi nak melayan anak saudara bersantai di Wet World Pedas.... ada yang kata hot FM kereta tu ha ha.. padat dengan budak-budak yang tak sabar-sabar nak berendam dan bercempera..
3 tahun terakhir juga pertemuan seorang demi seorang rakan-rakan FB ... macam-macam aktiviti.. haish... kadang-kadang terasa rakan FB lebih utama... arwah ni kalau orang baik dengan dia 100 kali dia lebih baik dengan mereka.. ada aje aktiviti yang dirancang..kadang-kadang akak join juga. yang tak kesampaian adalah aktiviti untuk berkumpul di Pantai Timur..mungkin ada lagi yang akak tak tahu..
dalam tempoh 8 tahun selepas pembedahan major di HUKM (masa tu akak berkampung selama 42 hari dihospital demi meneman arwah di hospital... pembuangan usus kecil sepanjang 2 kaki kalau tak silap yang mengandungi darah beku... tak sampai hati nak tinggalkan arwah di hospital.. pembedahan usai sekitar 2 pagi selepas dimasukkan ke OT .. urusan selepas maghrib... kumat kamit mulut dan hati mendoakan keselamatan arwah .. alhamdulillah Allah meluluskan doa akak ..pukul 2 hingga 3 pagi memang akak diperlukan untuk buang isi beg yang sentiasa penuh .. arwah perlu menggunakan beg selama 2 minggu.. dalam tempoh tu akak ke ofis dari hospital .. penat tak terkata... ok je penat tu demi menutup rasa sedih yang melanda... dek kepenatan yang tidur pulas di hospital adalah akak...sehinggakan arwah terpaksa baling kotak tisu untuk mengejutkan akak ... ha ha kenangan. . arwah bertambat tangan kiri dan kanan.. sebelah heparin sebelah lagi dengan tiub makanan ... pernah darah menyembur bila doktor yang belum expert buat prosidur sambung tiub ke jantung.. BP akak pun naik juga.. alhamdulillah arwah terima apa yang berlaku padanya.. sabar sungguh dia... kami berkawan dengan ramai nurse... selepas di sahkan oleh Prof yang bertugas.. usus disambung semula... banyak pantang ... otot perut dah tiada... kerja berat tak boleh buat... kayu golf kena simpan dalam beg... arwah cari aktiviti lain .. cari kayu pancing pula... sampai kepulau Upih memancing at our own expenses dengan ipar duai... tiap-tiap minggu berkumpul dengan keluarga.. masa tu masih mc...demi untuk menguatkan dirinya pelbagai aktivi dilalui ... tak kisah duit banyak mengalir keluar.. sanggup bawa mak mertua tiap-tiap minggu ke Muar untuk berubat... kadang-kadang akak yang lemas..rumah Seremban ditinggal terus.. jenguk sekali sekala aje... akhirnya memancing jadi slow.. kat tepi pantai di Pengkalan Balak je.. anak-anak pun enjoy dapat mandi laut walaupun lautnya tak selereh kata orang NS.
Segan nak snap asam pedas... snap aje la si burung yang bermesyuarat ni.. masa ni ulam sesemut yang dicari-cari dah habis.. melopeh den!!
Tengahari terik .. nampak laut samar-samar je... entah apa lah pokok yang akak snap ni!
PS: selamat menduduki peperiksaan wahai anak-anak saudara ku Ijat dan Nani ..semoga kalian beroleh kejayaan cemerlang..buat anak-anak diluar sana diucapkan semoga berjaya menjawap soalan dengan betul dan sebarang masalah terutamanya tiba-tiba blank baca doa yang sangat mudah iaitu bismillah.. pernah dengar di KLFM .. anjuran Ustaz Wan Sohor Bani Leman..
Alfatihah untuk arwah... semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman... untuk kakak harap tabah dan kuatkan semangat.. pasti ade hikmahnya setiap yang telah berlaku...
BalasPadamTenang laut tu.
BalasPadamMoga dapat menenangkan perasaan tersangat rindu tu.
inna Lillahi wainna ilaihi rojiun
BalasPadammoga arwah suami akak ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah.
saya sendiri dapat rasa sepinya bila hilang orang yang kita sangat sayang..
saya hilang emak..moga Allah tabahkan hati kita..
Alhamdulillah, akak ada anak-anak buat pengubat hati yang sepi..
take care yea kak..
Salam Mar,
BalasPadamAl-Fatihah untuk arwah. Sayu hati mendengar luahan hati Mar. Alhamdulillah banyak kenangan manis Mar bersama-samanya yang boleh dikenang sampai bila2. Hanya itu juga anak2 sebagai pengubat sedih dan sepi tanpanya.
Kadar waktu yang dipinjamkan untuk K Mar, banyak kenangan manis bersama, melawat tempat2 kesukaannya boleh mengubat rindu kot....
BalasPadamSmoga K Mar diberi ketabahan melalui nya...
assalamualaikum...
BalasPadamKak mar.. terima kasih atas belanja kak mar hari tu.. bayarkan murtabak gajah nani.. :) duit yg kak mar bagi utk safiyya.. fiyya beli belon frozen.. fiyya memang suka belon.. lagi2 frozen.. :) ramah sungguh kak mar.. macam dah kenal lama.. lain kali kita jumpa lagi ye kak mar..
al-fatihah untuk arwah..
Salam Mar, gambar yang mar snap 2 last tu pokok jarak kann...
BalasPadamAl Fatihah buat arwah, semoga SS tabah menempuh liku2 perjalanan hidup, ana juga mempunyai pokok burung pink yang bermesyuarat ni, comelkan ..:)
BalasPadamalfatihah untk arwah bila kenagan tu datang yer ... cantik gambar2 yg dikongsi ni !
BalasPadam