Selasa, 25 November 2014

Sahara Tent / Sahara Oasis

Deepavali eve... 
redah jam Jalan Ampang... berpandukan waze dan anakanda Siraj yang kurang senang dengan hasil waze... 
waze beri jalan kurang jam .. akak pula yang konpius

 Datang sini sebab dah tak tahu nak makan apa... jomla ajak anakanda Siraj.. memang selalu terkenangkan tempat ni... suka dengan jus lemon & lime & pudina yang menyegarkan selepas pekena nasi mandy.. 

dah lama tak datang sini.. tempat berkumpul kami sekeluarga yang jarang dapat bersama .. berkumpul semasa iftar di bulan Ramadan .. berkumpul untuk celebrate ulangtahun kelahiran anak-anak.. 

kedatangan kali ini kurang ahli ..

kenangan lagi.. terbayang arwah seolah-olah berada bersama.. kena berpijak di bumi yang nyata arwah dah tiada... sambil makan sambil tahan air mata dari bergenang... ada kakak-kakak Arab yang perasan... nak buat macam mana dah tak boleh nak tahan..

Lemon mint yang ceria.. belum tentu hati boleh ceria.. 


Dessert-Malahabbia .. favourite arwah

Baklava yang dah sejuk.. rangup dan garing bila dimakan panas-panas



HS makan spageti, kami pesan lamb mandy... HS bisik .. lain kali adik datang adik nak order dua spageti :)





7 ulasan:

  1. Salam Mar,

    Tersentuh hati dan Mak Aji tumpang sedih - apakan daya Allah lebih menyayanginya! Anak-anaklah penghibur hati. I feel for you Mar!

    Mak Aji tak pernah dengar nama tempat ni, kat mana ya? Mak Aji biasa dengan Rawsha dan Hadramawt

    BalasPadam
  2. Tabahlah SS, pasti segala yg pernah menjadi kenangan bersama akan kekal selamanya :)

    BalasPadam
  3. Belum lagi kesempatan nak ke situ :).
    Take care ya Kak Mar. Sentiasa doakan Kak Mar diberikan banyak rezeki kesihatan gigih nak berkerja yang selalu sibuk ke sini sana.

    BalasPadam
  4. :):) BOleh faham perasaan akak... tu la kan, life must go on, and akak tabah :D

    BalasPadam
  5. Hanya org kuat seperti akak boleh laluinya...

    BalasPadam
  6. 1st time dngr tmpt ni..bile2 free blh ar g terjah =)

    BalasPadam