Isnin, 10 November 2014

Tuaian semalam

Balik sekejap ke Seremban sempat juga belek laman dan tuai apa yang patut..

Pokok bunga telang dituai sebab pokoknya perlu dipangkas... musim hujan dah mula.. meriah sungguh dia naik.. tenggelam sudah pokok kemuning kena lilit..

Generasi ketiga sambung nyawa juga meriah.. jadi santapan dipagi hari nawaitunya.. 

Gugur buah cili sebab hujan lebat..

3 biji limau kasturi.. ada lagi 2 biji tak nampak... next week la.. pusingan berikutnya sedang berputik

Ciput jekk.. alhamdulillah

Hari ni dpt cuti ganti.. banyak urusan peribadi perlu diuruskan..

5 ulasan:

  1. assalamualaikum kak mar..
    amboii.. menuai pagi ni ye.. yang limau kasturi tu sedap buat air limau minum di tengah hari panas.. :) hehee.. :) ulam ape tu kak? cam sedap plak..

    kak cuti ganti? nani takde pun.. :(

    BalasPadam
  2. Salam Mar..ciput pun tak apa. Janji fresh dari ladang...

    BalasPadam
  3. wah segar dari ladang ni, bunga telang tu untuk buat nasi kerabu kan, ada tak lain2 kegunaannya :)

    BalasPadam
  4. post ke sini bunga tu boleh? hehehee

    BalasPadam
  5. ooo itu nama dia rupanya.. ahakss baru tahu.. belajar ilmu baru saya hari ni ^_^
    musim-musim hujan ni banyak tanaman mencanak-canak kan kak mar, tapi tak bagus utk sawit. kureng kata ayah saya.. ^_^

    BalasPadam