Seperti yang diwarwarkan oleh penjual pokok tomato benih.dari Itali katanya.. dia chef... memang maklum dengan nama dan spesis tomato... akak jadi terpikat juga untuk membeli anak pokok ni selepas penolakan minggu yang lalu.. banyak ilmu diperturunkan .. cuma akak ni macam blur blur sikit sebab penat baru balik dari PD tak habis lagi...
Tunas air katanya... bila dah tunas ni dah menjangkau ketinggian 4 -5 inci bolehlah dialihkan dan disemai..
Selain tu dia ajar.. 2 beg tanah biasa + tanah Jepun (Pek putih) + segenggam baja tahi ayam... gaulkan dan peram sekurang-kurangnya 3 hari.. baru boleh pindahkan anak pokok tomato.. baja tayam ni untuk pertumbuhan daunnya sahaja... untuk buah kena dengan baja foliar... baja yang akak beli dari dia tu.. satu penutup dengan satu stengah liter air... spray terus ke pokok.. boleh tahan hingga setahun.. 2-3 jam kena matahari dah cukup..
Eksperimen beliau ..
pokok yang disemai dari tunas air berusia seminggu... perlu diberi baja... akak beli juga la baja dari dia...beli baja dapat hadiah dua jenis benih tomato... tandano dan entah apa lagi..catatan dah hilang..
Persoalannya adakah akak berjaya? Cuba je lah kannn..
Kalau kakak tengok dari gaya dah dah subur bukan main tu Kak Mar memang boleh hidup dan berjaya ni. Puas mata memandang bila ini hasilnya. Tak lama buahlah tu..:)
BalasPadamkak, tak sabar nak tgk buahnya...:)
BalasPadamAssalamualaikum Kak Mar, Suburnya pokok tomato tu Kak, semoga berbuah dgn lebat :)
BalasPadamSejuk tangan mar..subur pokoknya..
BalasPadamOh, thanks for sharing pasal tunas air ni. Info baru. Boleh buat
BalasPadamOh dalam Bahasa bahagiannya dipanggil 'tunas air' ya.
BalasPadamNasib tak fail bahasa melayu masa SPM.
Kakakzakie... beli pokok dah siap.. tinggal usaha dan vit M je yg perlu untuk berjaya...
BalasPadamAmiizaa.. cuak ni.. entah jadi entahtidak.. kalo vit M tinggi insyaaAllah...
BalasPadamJulie..Mr Chef tu dah bela baik-baik sebab tu pokoknya cantik.. tunggu akak jaga la pula .. kalau tak buat updating pasal pokok tomato ni.. faham2 je la ya...
Assalaam Kak Mar...
BalasPadamWah Kak Mar tanam pokok tomat, glad to know it.. Semoga berjaya ya...