Isnin, 22 Disember 2014

Cendawan kukur dan Unify


Minggu ni kononnya pemasangan Unify akan dilaksanakan dirumah kayangan kami ni... maka kedudukan perabot dalam rumah perlu dianjak-anjak untuk tujuan pemasangan.. dah lama rumah ni tiada aktiviti alih-mengalih... penat juga rasanya .. buat kerja berdua dengan anakanda Siraj... tunggu punya tunggu tengahari anakanda Siraj info bahawa pemasangan dijadualkan esok harinya... fine... kita teruskan kemas...lunch tak perlu sebab dah brunch dengan nasi kerabu .. kenyang sampai petang...

untuk dinner kami dah tak tahu nak makan apa.. gugel jjcm kat KL ni apa yang boleh tarik selera kami..:)  kononnya nak pergi ke Lakefield Sg Besi .. adik akak kata not bad.. sebenarnya akak teringin makan spageti walhal minggu lepas dah masak spageti semasa anakanda saudara Hazriq sibuk nak datang rumah.. entah kenapa rajin pula masak masa tu... semua bahan ada.. pulun je la... spageti selamat sudah.. masuk perut kami semua... HS yang paling kuat bersorak... yesss...mak masak katanya... aduhai anakku ibumu alang kepalang bizi untuk masak ya...

Selepas solat Asar kami berdua keluar.. kenapa semua jalan 'jam'... lupa pula ... final Harimau Malaya dan Thailand... hmm anakku juga tidak sabar berada dalam jam... buat keputusan patah balik.. moh le kita makan apa yang ada dipersekitaran rumah kita ni... yang boleh tangkap selera masa tu adalah kuetiaw celup... semangat jadinya bila rasa supnya sedap ala - ala Johnny.. lepas makan ada masa lagi sebelum maghrib... jalan sekejap ke pasar malam... lama sungguh tak pergi pasar malam.. nawaitu nak cari sikat rambut .. akhirnya shopping baju dan sayur-sayuran... cuci mata tengok sayur kampung... macam-macam sayur ada .. nampak cendawan kukur tu lagi bersemangat nak masak... rekod betul.. semenjak arwah tiada ini kali yang ketiga dapur akak berasap.. yang lainnya order je kat kedai... semenjak kaki sakit nak duduk lama-lama didapur pun macam satu masalah... tapi kali ini kerana cendawan kukur yang dah lama kami tak merasa dan susah nak jumpa gagahkan juga berada didapur.. tingkap dapur sentiasa bertutup untuk mengelakkan cik tupai bandar yang lapar dan nakal .. maka berpeluh-peluh macam kat sauna.. salah satu alasan tak nak masuk dapur juga tu ... cik tupai ni gemar menyelinap masuk ke dapur cari buah-buahan... semua makanan haruslah di simpan dalam bekas yang tahan giginya yang tajam tu.. tupperware juga tak boleh letak sembarangan didapur.. habis kena kena tokak.. tupperware yang isi kombucha pun kena juga.. kasihan kombucha ku

Hari Ahad kami menanti lagi untuk pemasangan unify... tengahari tak muncul juga... terpaksa call... memang la menghampakan ... anakandaku sudah naik angin.. tak boleh sabar.. katanya untuk minggu ni dah penuh.. kami request untuk pemasangan pada hujung minggu sahaja sebab itu aje waktu yang lapang ... habis program hujung minggu .. untuk ziarah kematian suami kawan pejabat pun tertangguh juga ... untuk ziarah kubur pun tertunda... tinggal harapan aje.. tahun depan kut nak buat kata anakanda ku itu... senyap-senyap akak ke dapur masak cendawan idaman... :) .. santan fresh tiada.. ada stok santan kotak je.. jenama apa dah tak ingat...  mula-mula ada bau tengik sikit tapi dari masa kesemasa bila gulai berserai dah menggelegak dan bergaul mesra dengan bau ikan bilis Sabah yang ditumbuk manja dan ditambah dengan bau cendawan ni yang unik tiada siapa kisah bahawa gulai tu menggunakan santan kotak... kalau arwah ni ada santan ni untuk keperluan kecemasan je.. :) mesti gunakan kelapa parut yang akak kena perah sendiri :) ..  anakanda Siraj diminta tolong masakkan nasi... nasib marah kat Unify dah cool.... suka dia dapat makan gulai cendawan sempoi .. tu je lauk kami.. single dish tetapi seperti makan pelbagai lauk.. boleh enjoy keunikan rasa cendawan ni...

sebagai ingatan untuk anak-anak ku:

  1. cendawan perlu disisih dari kayu yang melekat dan lain-lain kekotoran... kadang-kadang ada cik ulat.. lepas tu basuh bersih dan ramas agar tiada air untuk ditumbuk manja dalam lesong bagi tujuan keluarkan manis cendawan ..
  2. cili api dan kunyit tumbuk lumat... ( anggar sendiri .. nak pedas lebihkan cili)..
  3. serai pasar malam harga RM 1 seikat dihempap-hempap (bahasa klasik bondaku) dengan batu lesung..
  4. begitu juga ikan bilis.. anggaran segenggam.. hempap-hempap je ..jangan lumat..
  5. garam bukit himalaya jenama Halagel
  6. didihkan santan (sekotak), pes cili dan kunyit serta serai .. gunakan air setengah jug je..
  7. masak hingga menggelegak dua  tiga round... kacau ya .. jgn tinggalkan nanti taik minyak jadinya dan gulai akan membuak naik keluar dari periuk... to be safe gunakan kuali stainless jenama tupperware tu... kuali lain pun ok je... tapi kuali ni tinggi dari kuali biasa.. garam secukup rasa...bonda akak dan arwah MIL masukkan garam kasar dalam segenggam jari.. tak guna sudu..sampai hari ni gulai arwah terasa sedap berkat air tangannya.. kalau garam halus Halagel tu ada orang tak suka akak ok je sebab garam bukit lebih berkhasiat dari garam biasa.. tak semestinya jenama Halalgel.. ada lagi jenama lain bagi garam bukit ni..oh ya gunakan anggaran sesudu besar dalam tapak tangan kita.. boleh ke korang buat anggaran macam tu? kalau dah biasa insyaaAllah tak de masalah.. 
  8. masukkan ikan bilis.. menggelegakkan sekejap dan akhirnya masukkan cendawan... menggelegakkan lagi dua hingga tiga round sambil dikacau sehingga cendawan tu edible..kalau suka boleh letak asam keping... selalunya malas (derhaka resipi turun temurun ni)... rasa garamnya kalau kurang selaras sesedap rasa

mahal tau cendawan ni.. sepiring kecil rm 2.00 akak beli 5 piring... akak faham bahawa susah nak dapat cendawan ni.. masa kecil - kecil kat kampung bila ada kawasan tanaman getah ditebang berduyun-duyun kami keluar pagi - pagi untuk mencari cendawan ni.. tak kira walaupun pagi tu hujan .. tetap turun untuk cari cendawan yang sedap ni.. masa tu belajar banyak nama cendawan.. antaranya cendawan telinga kera dan cendawan gelemer.. curious ni.. perlu ke cendawan ni tumbuh pada batang getah sahaja... kalau boleh ternak macam cendawan tiram Mak Aji tu alangkah bagusnya!i




2 ulasan:

  1. memang sedap kulat sisir ni...style saya...rendam kulat tu dengan air garam supaya tanggal kotorannya...

    BalasPadam
  2. Mar...kulat ni memang serius sedap dibuat masak lemak cili padi. Masa mak mertua meniggal aritu, kak pergi kepasar hari dikampung terus beli kulat ni. Sepinggan RM2, 3 pinggan RM5...makan pula dengan ikan kering..panas2...wooo 2,3 pinggan boleh pi..terasa2 duk ngunyah ni...

    BalasPadam