Selasa, 9 Disember 2014

Peminat Kedondong

Dua minggu tak balik ... tinggal tangkai je kedondong pusingan kedua siri satu ni.. kena bagi nombor supaya tahu berapa kali dia berbuah.. tahun ni dianugerahkan 3 siri bunga kedondong untuk kami semua... siri satu tak ada rezeki akak kali ni.. belum ada yang angkat tangan bagi tahu yang dia juga peminat kedondong ni... tak pe lah .. akak sedekah atas nama arwah2.... tapi nak tahu juga kan siapakah gerangan depa ni!..

Siri dua masih putik, bilangannya lebih banyak dari siri satu... semoga kali ni kami dapat merasa

Namun hilang 10 biji Allah ganti lagi... kali ni wallahuaalam berapa banyak yang menjadi. Musim hujan ni .. menjadikah dia... mudah-mudahan dia menjadi sempurna.. 

p/s: sebelum ni pokok kedondong ni sakit.. banyak sangat serangan serangga putih.. beli di Mydin Ipoh penyembur organik daun apa entah dah lupa dan sembur pada serangga yang berumahtangga di pokok kedondong ni dan jarakkan dari pokok-pokok lain untuk dia bernafas lega akhirnya berbunga dan berbuah juga 

10 ulasan:

  1. Kakak peminat kedondong juga tapi bukan kakak yg petik tau hihi...

    Kakak nampak pokok pecah beling disebalik pokok kedondong (mengintai ni hihi...). Nampak sihat betul daunnya. Kakak dgn abang tengah consume daun ni tiap hari tau:) Baru tanam minggu lepas.

    BalasPadam
  2. banyaknya buahnya...dulu tak pandai makan buah nie...skrg dah teroor:)

    BalasPadam
  3. InsyaAllah banyak lagi buahnya sekali ini...nampak bunganya pun semakin banyak tu...

    BalasPadam
  4. KakZakie.. sedap buah ni buat jus.. pecah beling tu dah berkali2 cantas..hujan2 ni makin meriah dia merimbun.. rebus ke daun tu

    BalasPadam
  5. Aamizaa.. ada orang buat paceri even ada yg ulam pucuknya.. akak belum try lagi..

    Bunda.. harap2 begitulah

    BalasPadam
  6. jus kedondong asam boi..feveret KY, minum masa tengah dahaga..segar rasanya..

    BalasPadam
  7. kedondong cicah asam sedapnya... :))

    BalasPadam
  8. InsyaAllah ada rezeki nanti.
    Diana pun selalu lupa nk tuai buahnya boring tengok asyik bena je subur di situ hehehe....

    BalasPadam
  9. Betul rebus daun pecah beling tu. Kalau yg dah dikeringkan rendam aje jadikan minuman. Tak ada rasa apa pun tapi sebagai penawar en abe kakak kan kena batu karang...

    BalasPadam
  10. Salam Kak Mar,

    Pokok kedondong saya walaupun sudah berusia tapi masih keluarkan buah. Cuma saya tak pernah petik pulak buahnya hahaha..

    BalasPadam