Tak sempat singgah tengok Tasik Raban dapat beli pekasam pun jadila... hari pun panas terik.. tinggallah Lenggong yang jadi kenangan yang baru dapat ditempoh setelah sekian lama..
Kenangan..
kali terakhir 3 tahun lepas kalau tak silap..lalu kawasan ni untuk hadiri majlis pernikahan adik kepada adik ipar .. Bachok Kelantan ditujui dengan gembira, berhenti di hentian Titiwangsa yang sejuk dan nyaman dengan menumpang GL adik.. kami pulang ke Ipoh dengan rasa murung kerana arwah En Boss mendapat batu karang... Pantai Irama yang indah ditinggalkan dengan rasa duka dan suka.. suka majlis selesai dengan sempurna.. berduka kerana keluh kesah sakit arwah.. berhenti di Jeli masa tu dengan rasa sedih sekali.. sambil beli ole-ole sambil kesat air mata melihat arwah di dalam kereta yang sedang sakit... sebak sangat.. masa tu dah rasa sesuatu kehilangan kerana uruskan sendiri shopping di Jeli.. arwah dengan sabar menunggu kami sambil arahkan beli lah apa-apa yang HS nak.. hinggakan bantal-bantal yang disukai HS arwah suruh beli lebih dari satu..
Keesokannya kami berangkat ke Seremban dengan arwah menahan kesakitan...
Foto sebagai ingatan untuk diri sendiri.. tiada foto ikan.. ikan lemor dan sepat jadi pilihan.. harap-harap tak menjadi tukun dalam fridge..
Gerombolan awan, cuaca terang dan ceria melalui jambatan Raja Nazrin meninggalkan Lenggong yang aman damai... harap-harap suatu hari yang indah dapat ke Tasik Raban
PS: Rnr Tasik Raban dah tutup dan ditinggalkan..
Tak pernah sampai lg ke sini rasanya....sedap tu k.mar pekasam perah asam limau tabur bawang merah bersama cilipadi...
BalasPadamMakan nasi bertambah kalau ada lauk pekasam, sesapa yang nak diet jauhi dari pekasam..hehe, pekasam memang mengancam, kalau bau pekasam selera makan nasi walau tengah malam...
BalasPadamKakak tertanya-tanya kisah arwah pula. Nantilah senang-senang kakak cuba cari N3 sebelumnya (moga rohnya dicucuri rahmat Allah - amin).
BalasPadamDari gambaran gambar yg cantik tak sangka dari keindahan itu ada cerita duka disebaliknya..
dah lama tak pekena pekasam...sejak MIL dapat stroke...kesian lak kat dia...nak makan sembunyi2, bau pekasam mana boleh sorok...hehe
BalasPadam