Ahad, 7 Disember 2014

Tuaian minggu ini

Berpeluh-peluh hari ni mengemaskan rimba rumput dan pegaga gajah. Sempatla menuai cili padi sebelum berangkat pulang. Dapur dah lama tak berasap... maka nawaitu untuk agihkan hasil kali ni untuk si Ton yang banyak membantu.. hari tu tolong belikan cekur.. dapat pula temu kunci... sakit kaki dia tolong belikan krim urut siap tolong urutkan lagi.. alhamdulillah..


P/S: jika dia masih di dunia ini.. hari ini hari meraikan pertambahan umurnya... 
Allah lebih menyanyangi mu.. 

alfatihah hadiah kami untukmu..
Pusara masih mantap.. alhamdulillah

 tahun lepas tahun terakhir meraikanmu... berkumpul dan makan bersama-sama...

semoga arwah sentiasa didalam dakapan kasih sayangNya... amiin

5 ulasan:

  1. wahh lumayan jugak hasil cili padi tu..:)

    ps: Al fatihah dihadiahkan untuk dia..

    BalasPadam
  2. cili api kampung pedas terangkat, saya jerukkan yang terlebih makan...

    BalasPadam
  3. Subur saja tengok pokok cili padi Mar tu..pokok2 yang kita tanam ni memang begitu kut ya. Yang kita biar tu dia cantik2 saja, yang kita sayang dan duk tatang itulah yang tak mau menjadinya..

    BalasPadam
  4. Moga roh allahyarham ditempatkan bersama para solihin. Sayu pulak hati kakak membaca ini.



    BalasPadam
  5. Alfatihah.
    Banyak cili ni tak putus-putus rezeki Kak Mar.
    Daylily dah pos InsyaAllah esok sampai.

    BalasPadam