Sabtu, 24 Januari 2015

Kerana secawan latte..

Kerana secawan latte dapur akak berasap hari Khamis lepas... 
sebabnya terrajin ronda-ronda pasar tani nawaitu nak beli secawan latte je ... jadi memborong pelhagai barang dapur pula...pada mulanya nak beli pisang untuk anak-anak di rumah ... tiada kali ni... semua stalll tiada jual pisang.. ronda ke stall sayuran kampung.. ada kunci ada cekur.. tak jadi beli cekur sebab akak dah ada .. nak cari spesis yang bunga purple... dia tak jual.. dapat satu ilmu.. kunci tu boleh dimasak dengan sayur... kata penjual dua ketul kunci diketuk dan tumis untuk masak bayam atau lain-lain sayur.. sayur akan sentiasa hijau katanya... tak lebam... bayangkan campuran jamu ada kunci... mesti awet muda sel-sel badan kita tu ...agaknya!!

jumpa pula sayur yang tak pernah jumpa tapi sebenarnya dah jumpa.. yang dah jumpa di pasar malam sayur yang dah jadi sayur yang besar yang akak jumpa ni kudup lagi... paku rawan atau gencer... katanya sedap ditumis... ubat untuk darah tinggi... beli la seikat rm1... malas nak tumis kosong ..sementara dalam kereta balik kerumah akak google resipi.. masak bercili...since sebelum tu lupa beli cili merah atau cili api akak guna apa yang ada... ada cili yang dah siap dimasak beli dipasar tani yang masih elok tersimpan... tak payah gedang gedung tumbuk lesung ...sedap kata anakanda Sira walaupu ada rasa pahit-pahit sedikit..


gencer - seikat rm 1.00, cili kambing untuk remcah spageti untuk esok


Pekena pula pekasam yang dah siap goreng ..nak kata jadi cerita.. banyak akak borong di stall ni ... ikan kembung kukus tanpa isi perut, daging salai... borak-borak dengan penjual suaminya pula sampai.. terkejut beruk jap.. rupa-rupanya classmate semasa di TIKL lebih 30 tahun tak jumpa... akak yang recognise dia..
tak nampak sangat ikan pekasam ni sebab berwap ..baru lepas goreng

daging salai

ikan kembung kukus... biasa kita panggil ikan kembung rebus

nampak kawan beli bebola daging.. pekena lagi.. HS suka makan spageti... jadi rencah spageti la nanti

Memang tak tengok betik muda... teringat akak masakkan untuk arwah ni.. suka dia..
semoga hujug minggu ni akak bersungguh - sungguh masak untuk anak-anak... dah lama mak gantung kuali dan sudip... memang nawaitu nak masak minggu ni demi meraikan berita gembira yang disampaikan oleh puan TP... dalam gembira ada sedihnya... berita gembira untuk masa hadapan keluarga setelah perginya arwah En Boss ... kalau tidak mesti akak dah wasap dengan dia ..pastinya ucapan syukur melangit dari arwah  melimpahi kegembiraan hati... alhamdulilllah kerana Allah swt telah menggerakkan hati insan itu ... 

enjoyed the latte

Tiada ulasan:

Catat Ulasan