Selasa, 27 Januari 2015

Positif

Update mengenai crown asparagus jenis Mary Washington... terima kasih Diana KBB kerana intro mengenai crown asparagus ni... akak tak berkesempatan untuk cerita panjang lebar... yang dapat diperkatakan rasa syukur kerana perkembangan yang positif walaupun mendapat air dua hari sekali.... walaupun sinaran hangat matahari pagi dua tiga minggu ni... supported by tanah yang dibeli dari nurseri di Seremban yang sudah lengkap ada tayam dan tambing... selepas sebulan..







Sudah naik lagi satu spear.. tapi rasa macam tak cukup ni kalau nak jadi lauk... kena beli lagi  dari Joyce anak-anak pokoknya... kekangan dari segi tempat pun ya juga... mana nak letak ni?

Foto terkini...4 hari lepas... cepat sangat naik pokoknya... cabaran minggu lepas... bahagian depan rumah jadi port anak-anak kucing entah sesiapa tuannya.. habis pasu kecil tergolek sana sini... alhamdulillah dah ada orang ambil dan pos ke pusat yang sepatutnya... yang tak syoknya tinggalkan tinja dan kencing kat pasu2 akak ni... bau alamak!!! Sampai tengah malam akak operasi menyiasat dan pulihkan bahagian mana yang dah kena serang.. yang sangat-sangat sadis tanah pasu kena korek untuk tempat tandasnya... kita tengokla nanti siapa yang kandas dek bahan buangan depa ni..

Hari ni pokok tambah meriah... next update la ya

3 ulasan: