Jumaat, 2 Januari 2015

Rajin sikit je

Penghujung tahun 2013 akak sibuk menyemai benih strawberi alpine Reugan.. . dengan rasa seronoknya tunjuk pada arwah En Boss pokok strawberi tu menjadi... antara kata-kata arwah pada kawan-kawannya.. akak ko ni kalau tanam pokok macam jaga anak... nak tergelak akak masa tu... mana ada .. banyak yang jadi anak tiri :) 

 penghujung tahun 2014 yang lalu sibuk dengan benih bunga pula.. bagi memenuhi ruang rindu pada arwah... memang akak ni sibuk kerja.. balik rumah dah penat.. itu yang menyebabkan banyak tanaman jadi anak tiri... namun sedikit demi sedikit usaha ditingkatkan .. menyulam kesibukan dan kerinduan..

Benih-benih yang dipesan dari Grup FB Seeds Galore ... namun tidak semua survive... kebanyakan benih ni adalah zinnia dari pelbagai spesis dan warna, dahlia dan carnation ..hajat besar ni..

Selepas dua hari..

Benih carnation awal-awal lagi sudah ada yang kecundang.. tak pasti bagaimana dia boleh terpecah begitu... sangat mengharapkan pokok ni menjadi.. setakat hari ni... pertumbuhan seedlings sangatlah perlahan... naik 1 cm je... 

close up benih carnation

zinnia jenis apa pun dah lupa.. yang ni semalaman je dah bercambah... sihat betul

Antara yang diisemai... kita tengok mana yang hidup bahagia

Blue splendour daisy
dahlia sunny reggae
carnation picotee
carnation snow white
zinnia salsiado
zinnia liliput mix
zinnia royal purple
zinnia meteor
zinnia persian carpet
zinnia macarenia
zinnia mazurkia
mahagony red coreopsis
gillia globe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan