Khamis, 26 Februari 2015
Selasa, 24 Februari 2015
Tuaian Laman Tinggal
Jumaat lepas break sekejap semasa cuti CNY.. 1st day CNY akak kat ofis.. meneruskan usaha-usaha untuk retreat minggu hadapannya.. nak cuti pun tak senang... hari kedua CNY balik Seremban untuk uruskan batu pusara arwah En Boss.. macam-macam saranan dia orang ni... sebelum tu kemas serba sedikit di laman hadapan yang dah merimba banyak pokok yang dah kecundang .. ada yang masih bertahan... ada pula bunga baru yang tak disangka-sangka.. dapat juga hasil... kali ni limau kasturi dan belimbing berbuah meriah..
hasil dari laman yang tinggal...
baki untuk tuaian akan datang..rezeki siapalah nanti ni ..
alhamdulillah .. penangan nasi lebihan yang diletak dipangkal pokok.. atas usaha jiran-jiran terdekat... menjadi petua yang diajarkan.. petua hasil perkongsian ilmu oleh blog apaadadenganaidawie..
juga sebagai catatan sendiri untuk melihat trend berbuahnya pokok ini..
ps: seterusnya kami ke Klebang Coconut Shake yang teramatlah jam dan ke Pantai Kundor yang baru aje ditemui bom dipersekitarannya..
Sabtu, 21 Februari 2015
Rama-rama di pokok delima
Masih lagi foto -foto dibulan sebelum pemergian arwah En Boss.. rajin snap, nak watermark malas sangat, lebih-lebih lagi dengan situasi yang melanda keluarga kami... semua tak keruan, buat kerja semua sekerat jalan... nak masukkan entri dalam blog pun nak cepat segala... semoga kami semua segera pulih seperti sedia kala walaupun anggota keluarga seorang demi seorang dipanggil Ilahi...
Moh la layan rerama yang ala-ala berpandangan tajam macam tuan blog ni... pandangan untuk memikir dan fokus yang kadang-kadang orang gerun nak tengok kut :).. begitulah adanya kejadian yang diberi Nya.. dulu-dulu digelar muka pahlawan ha ha... kawan-kawan sekolah la tu... ada ke gambar yang serius digelar muka pahlawan.. namun akak faham.. kita ni dok comel mana... bila berfikir je otomatik muka jadi serius gilerr... nampak mata rama-rama ni pun macam serius juga... dia tak lari bila kita dekatinya... macam memang nak posing dengan akak ... akak ok je .. layan... atau waktu dah nak maghrib diaorang ni macam kalut sikit nak kemana-mana kut... duk je kat situ tak terbang-terbang... dah banyak kali dah alami perkara yang sama.. rama-rama singgah waktu petang .. tak lari bila didekati..
teringat pelajaran sains bagaimana haiwan melindungi diriinya ...
asal kejadian bercorak-corak yang bertujuan menggerunkan musuh
sesiapa yang pakar harap bolehlah beri ID rerama ni...
Jarak yang paling dekat
Jumaat, 20 Februari 2015
Jalan-jalan cari makan
Malam CNY akak masih di office... sibuk prepare untuk minggu hadapan. Rasa tak senang hati nak cuti. KL dah sunyi dengan jam senang nak ke mana-mana. Semasa maghrib lagi perut dah berlagu minta diisi. Nawaitu nak belanja HS yang temankan mak kat ofis. Dari Quill ikut je jalan yang mudah .. tak tahu nak makan apa kat situ.. gerak keluar akhirnya sampai ke sini..
Dapat view KLCC
Muka penat dan lapar
Pertama kali cuba... berderet kedai Nasi Arab kat sini.. ramai penggemar sisha di sini..
Harga boleh tahan
Maqloubeh lamb rice... sedap... share dengan HS... pasta yang dia order tak berapa selera.. cili api tu pedas berasap ... ada terung goreng sebagai hiasan
PS : Sedang menunggu dua anakanda .. Siraj dan abang Sulong solat Jumaat di Masjid Sg Udang.. otw ke Klebang dan pantai puteri untuk majlis anak mak saudara
Khamis, 19 Februari 2015
Selasa, 17 Februari 2015
Isnin, 16 Februari 2015
Sabah snake grass aka belalai gajah
Anak pokok yang hidup liar disekitar kawasan rumah kayangan di kidnap dibela dan diberi baja... suka dia hidup.. dah tiba masanya untuk pindah rumah...
baru teringat .. ada penjual perabot berbangsa Cina beritahu mengenai pokok ni... ditanam pokok ni dihadapan kedainya... akak tanya.. you pun suka tanam pokok ni... ya la katanya.. saya kasi anak saya makan ... letak dalam lauk... dia mana tau ada sayur .. ha ha .. pandaikan bapa yang perihatin untuk beri anak-anaknya makanan yang berkhasiat..
foto masih bertarikh sebelum arwah En Boss pergi...
Februari 2015 sudah 2 minggu ditinggalkan .. menunggu cuti CNY untuk ziarah pusara kembali... kali ni lama kami tinggalkan Seremban... 2 minggu ... terasa lama untuk menempuhnya..
Foto terkini pokok ini susah untuk difotokan kerana lokasinya nun disudut hujung... sudah tinggi gamaknya...
Teringat siang tadi..
Pukul 9 sudah dipanggil untuk brainstorming... entah yang ke berapa kalinya... ubah lagi ... ubah lagi... kerja yang lama bertapuk-bertapuk jadinya.. aduhai bila la kerja lama nak siap... akhirnya diri ini juga yang kena telan.... kalau tidak kita pula kena bomm... pandangan itu adalah tindakan refleks ku untuk fokus untuk mendengar taklimat nya... namun pandangan itu mungkin dia tidak selesa.... lantas keluarlah pernyataan... you jangan pandang I aje.... oppss.... salah pandang sudah!!!!..... terasa juga bila ditegur begitu.... atas arahan sabarkan je la....
habis berdiskusi pukul 3.30 petang lebih kurang... in between adalah makan ringan.... tetapi lunch sudah tidak selera.... perut dah sebu.... perlu keluar ofis segera.. tak boleh stayback wp timbunan kerja menuntut untuk diselesaikan... badan sudah lemau... low sugar sudah menular ke seluruh pelusuk anggota badan... beli dinner siap2 baru balik rumah... jalan jam... rasa lepak dan melepek bila sampai rumah... cepat-cepat minta HS sediakan makanan untuk terus dinner... menggeletar sungguh...
Sekadar catatan bahawasanya perasaan terasa tu belum luput lagi... asik terkenang-kenang.... kadang-kadang membawa kepada perasaan rendah diri pula... sabar sabar
Teringat juga 10 tahun dulu... seorang senior dari MBB tegur perkara yang sama... eh eh padahal nawaitu kita masa tu merenung dan berfikir... dijerkah pula kita bila kita berfikir dan merenung buku... aduhai....
Tu la... kadang-kadang ada kalanya kita ni out of control perasaan dan dan mengeluarkan pernyataan yang boleh menusuk kalbu yang sedang dalam ketenangan... berkocaklah rasa ... untuk stabil semula mungkin mengambil masa... anda semua saya maafkan... maafkan jika pandangan (bukan pendapat) saya made you all feel uneasy
Ahad, 15 Februari 2015
Suatu ketika malabar diancam
Untuk catatan sendiri
Lama terbenam foto ni..tarikh itu tarikh ulangtahun memulai alam pekerjaan...
tarikh seminggu sebelum arwah En Boss pergi selama-lamanya..
rutin kami berulang-alik ke sini dari KL usai sahaja urusan pekerjaan di KL..
masih musim raya eidul fitri... kami beraya 3 hari sahaja..
selepas tu arwah En Boss makin uzur namun berulang-alik ke sini pasti...
seperti biasa laman didepan dibelek-belek jika tiada urusan arwah yang perlu dilunaskan...
arwah hanya tidur bila dah penat batuk, bangun semula berukhwah dan bergurau senda
dialam maya dengan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya..
geram dengan kelebaran daun bayam malabar ni... ada yang rencong dibaham
entah sesiapa.. almaklumla laman sering ditinggalkan... kalau ada di rumah kayangan ni dah pasti daun-daun ni jadi ulaman dipagi hari... kunyah-kunyah dan tolak dengan air kosong... nak masak memang tak cukup... stok dirumah kayangan dah habis dikerjakan angkatan serangga putih... tinggal daun belalai gajah dan ulam sambung nyawa sahaja yang boleh dibuat ulam instant dari pasu... petik, basuh, kunyah dan minum air... musim panas ni banyak daun sudah kekuningan!!
foto dibawah kelihatan batang bayam ni diunggis... siapakah mereka?
cedera batang yang gebu ni... sedap agaknya kulit luar batang bayam ni
daun yang paling lebar mau lawan kelebaran tapak tangan akak :)
Sabtu, 14 Februari 2015
Akar dani kembali lagi
Sebagai catatan dan ingatan sendiri perihal timing pokok ni berbunga...
nanti boleh buat analisa trend bulan ianya berbunga...
suka lalu kat sini pagi-pagi ... nyaman baunya... bagai beralun wangian sampai ke hidung kita
tarikh itu... dua hari selepas tarikh aniversari dengan arwah...
hmmm wish kali terakhir dari arwah En. Boss melalui pesanan wasapnya...
arwah mohon doakan beliau segera sembuh dari sakit yang dialaminya beserta icon orang menangis... dia juga bersedih ketika itu.. sakit mendatang tak surut-surut ... hingga ke akhir
hayat..
Lantana Kuning sewaktu ziarah .. masih imbauan bersamamu
Silauan warna kuning lantana terus menerus macam magnet menarik akak menghampirinya... rumah MIL SIL... menziarahi beliau kerana sakit parkinson.. on high dosage of drugs .. sapa tau ada remedy ka untuk penyakit ni?
Alhamdulillah MIL SIL mempunyai keluarga yang penyayang yang menjaganya dengan penuh kesabaran.. semoga Allah mudahkan semua urusan..
Al Fatihah buat arwah ML
Malam ini malam kedua ML akan bermalam dialam lain...
semoga roh arwah bersama-sama insan yang beriman dan sentiasa berada didalam dakapan kasih sayang Mu Ya Allah...
malam Jumaat yang lepas selang dua jam menerima berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz berita pemergian ML diterima... adik M dah beritahu sebelumnya nafas mak sedang tersekat-sekat... minta tolong doakan.. ayat rukyah kami pasangkan dirumah .. sebelum tu baca surah Yassin .. kebetulan malam Jumaat tu akak minta kawan buat tahlil di masjid diGombak untuk muslimin dan muslimat.. Allahuakbar bagai dipermudahkan segala urusan... sejurus mendapat berita pemergian ML akak, anakanda Sulong dan HS bergegas ke Hospital Serdang untuk membantu adik M..
selepas pengesahan forensik jenazah ML dilepaskan keluar... kenderaan masjid beroperasi keesokannya selepas subuh, kenderaan hospital pula not available... jika akak masih pakai Grand Livina pasti jenazah ML akak angkut pulang... jenazah menanti sebentar di bilik mayat hospital ... akak anak beranak mengiringi staf forensik dan jenazah ke bilik mayat.. pukul 3 pagi sampai rumah.. adik M akan uruskan selepas subuh nanti... sebelum tu sesat jalan pulang.. namun melalui penggunaan WAZE urusan dipermudahkan.. dikebumikan sebelum solat Jumaat... mudah juga kami ke tanah perkuburan.. tiada kesesakan dipagi Jumaat semalam... puas ML menahan sakit dan pancaroba hidup.. haknya diketepikan dan diperlekehkan... mak saudara akak yang sangat disayangi oleh arwah En Boss... arwah ML dalam tanggungan akak dan arwah En Boss.. itulah jariah arwah En Boss yang diniatkan pahalanya untuk arwah MIL.. juga demi melunaskan pesanan arwah PL yang minta arwah En Boss jaga isterinya jika dia sudah tiada... mashaaAllah... arwah En Boss sangat sayangkan arwah PL ... pemergian arwah PL menjadikan kami suami isteri sandaran untuk arwah ML meneruskan kehidupan... sewaktu pemergian arwah En Boss ML baru sahaja diserang strok lidah... mashaaAllah .. sekali lagi hak untuk mendapat rawatan dihospital tidak diendahkan mereka yang t....k itu... mereka tidak melunaskan kata-kata yang dilafazkan dihadapan hakim yang masih naif itu... kami sekeluarga istighfar banyak-banyak.. sedih sungguh arwah En Boss masa tu...
selepas talkin dibaca akak segera meninggalkan tanah perkuburan... hati sangat sedih, dingin dan panas melihat mereka yang bermuka-muka, yang sangat ambil kesempatan, yang tidak sedar-sedar.. teringat akan tadahan tangan arwah En Boss di mahkamah akan doanya terhadap arwah ML... doa insan yang teraniaya.. doa insan yang diperlekehkan dan dicemuh kerana perbezaan darjat kerana sekolah tidak tinggi dan berjawatan rendah..
semoga arwah PL, ML dan En Boss tenang disana.. terusan mendapat doa dari kami yang masih terkapai-kapai meniti alam kehidupan .. semoga urusan untuk akhirat kami dipermudahkan... bacaan alfatihah untuk mereka..
ps: foto diatas adalah rakaman alam yang sunyi, tenang dan dingin dipagi hari di PD tahun lepas.. pertama kali membawa anak-anak ke tempat riada yang digemari arwah En Boss..
Selasa, 10 Februari 2015
Imbauan waktu bersamamu
Sekadar memperingati masa direntas bersama arwah... Foto-foto yang disimpan dalam folders sudah terbenam lama.. Satu tahun tiga bulan sebelum permergian dia buat selama-lamanya.. hari panas yang terik sehingga maghrib.. menanti arwah untuk pulang ke rumah
Sewaktu menanti arwah membeli nasi kandar untuk makan malam kami..fokus pada warna alam melalui kamera hp yang tak power
Pagi yang indah hampir setahun yang lalu
Rasanya pagi.. pagi yang kelam di Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay) Kuala Kemaman.. kali kedua arwah ditinggalkan demi tugas ditempat baru..samada misi menanti sun rise atau sun set.. kesunyian sudah terasa...
Senja nan merah dihiasi wayar yang berselirat.. misi arwah berukhwah dengan mak saudara
Menanti cotton rose berkembang
Misi menanti buah terung berimbang
Benih apa ya? sudah hilang catatannya
Misi menanti balsam berbunga... memang tak berbunga langsung sebab KL panas..
5 bulan sebelum dia pergi
Bunga-bunga terung berimbang aka terung pipit .. susunan Dia yang indah sekali
Bunga ulam raja tetap menjadi pujaan
Sebagai kenangan RJ yang meriah berdaun namun pupus gara-gara angkatan serangga putih