Malam ini malam kedua ML akan bermalam dialam lain...
semoga roh arwah bersama-sama insan yang beriman dan sentiasa berada didalam dakapan kasih sayang Mu Ya Allah...
malam Jumaat yang lepas selang dua jam menerima berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz berita pemergian ML diterima... adik M dah beritahu sebelumnya nafas mak sedang tersekat-sekat... minta tolong doakan.. ayat rukyah kami pasangkan dirumah .. sebelum tu baca surah Yassin .. kebetulan malam Jumaat tu akak minta kawan buat tahlil di masjid diGombak untuk muslimin dan muslimat.. Allahuakbar bagai dipermudahkan segala urusan... sejurus mendapat berita pemergian ML akak, anakanda Sulong dan HS bergegas ke Hospital Serdang untuk membantu adik M..
selepas pengesahan forensik jenazah ML dilepaskan keluar... kenderaan masjid beroperasi keesokannya selepas subuh, kenderaan hospital pula not available... jika akak masih pakai Grand Livina pasti jenazah ML akak angkut pulang... jenazah menanti sebentar di bilik mayat hospital ... akak anak beranak mengiringi staf forensik dan jenazah ke bilik mayat.. pukul 3 pagi sampai rumah.. adik M akan uruskan selepas subuh nanti... sebelum tu sesat jalan pulang.. namun melalui penggunaan WAZE urusan dipermudahkan.. dikebumikan sebelum solat Jumaat... mudah juga kami ke tanah perkuburan.. tiada kesesakan dipagi Jumaat semalam... puas ML menahan sakit dan pancaroba hidup.. haknya diketepikan dan diperlekehkan... mak saudara akak yang sangat disayangi oleh arwah En Boss... arwah ML dalam tanggungan akak dan arwah En Boss.. itulah jariah arwah En Boss yang diniatkan pahalanya untuk arwah MIL.. juga demi melunaskan pesanan arwah PL yang minta arwah En Boss jaga isterinya jika dia sudah tiada... mashaaAllah... arwah En Boss sangat sayangkan arwah PL ... pemergian arwah PL menjadikan kami suami isteri sandaran untuk arwah ML meneruskan kehidupan... sewaktu pemergian arwah En Boss ML baru sahaja diserang strok lidah... mashaaAllah .. sekali lagi hak untuk mendapat rawatan dihospital tidak diendahkan mereka yang t....k itu... mereka tidak melunaskan kata-kata yang dilafazkan dihadapan hakim yang masih naif itu... kami sekeluarga istighfar banyak-banyak.. sedih sungguh arwah En Boss masa tu...
selepas talkin dibaca akak segera meninggalkan tanah perkuburan... hati sangat sedih, dingin dan panas melihat mereka yang bermuka-muka, yang sangat ambil kesempatan, yang tidak sedar-sedar.. teringat akan tadahan tangan arwah En Boss di mahkamah akan doanya terhadap arwah ML... doa insan yang teraniaya.. doa insan yang diperlekehkan dan dicemuh kerana perbezaan darjat kerana sekolah tidak tinggi dan berjawatan rendah..
semoga arwah PL, ML dan En Boss tenang disana.. terusan mendapat doa dari kami yang masih terkapai-kapai meniti alam kehidupan .. semoga urusan untuk akhirat kami dipermudahkan... bacaan alfatihah untuk mereka..
ps: foto diatas adalah rakaman alam yang sunyi, tenang dan dingin dipagi hari di PD tahun lepas.. pertama kali membawa anak-anak ke tempat riada yang digemari arwah En Boss..
AL-FATIHAH
BalasPadam