Dua hari blog ni sepi .. krik krik ha ha...
mood berblog ke laut...
assalam dan selamat sejahtera..
Semasa pokok ni dibeli anak Mak Tom kata pokok ni bernama starplanter... ikut pendengaran akak la... melalui entri terdahulu rakan-rakan yang berpengalaman beri tahu namanya adalah Strophanthus gratus / Rose Alamanda .. terima kasih pada En Adry, Julie dan Mrs Azmi...
starplanter dan stropanthus agak-agak sama bunyinya :) ... sebab tu gugel tiada results yang berkaitan starplanter
Sudah lama terbenam dalam folder sebab tak sempat nak mengolah ayat untuk bunga ni... semasa dibeli dulu Mak Tom tunjukkan kudup baru dah keluar.. untung la pembeli katanya... dapat tengok dia berbunga lagi.. wangi baunya sewangi bunga ros kampung yang berwarna pink lembut tu.. masalahnya pokok ni cedera dan Mak Tom tak sedap hati nak jual... dahan dah terbelah dua... hmmm akak kata tak apa... kalau berjaya hidup alhamdulillah.. kalau kecundang redha je la kan,, Mak Tom pesan suruh bahagi dua pokok ni dan ubah ke pasu .. akak tak buat pun... gamble je... alhamdulillah setakat hari yang panas ni pokok ni sangat stabil dan terus berjuang untuk membesar.. cuma mungkin terkejut sedikit hari tu diserang oleh cik meow dan anak-anaknya... bau tinja mereka memang akak tak tahan... siap korek tanah dalam pasu untuk jadi tandas mereka.. nasib tinja yang keras dan panjang-panjang .. kalau jenis yang lembik tu memang jeran la membersihkannya..
sebulan selepas dibeli barulah kuntuman besar ni menerjah dunia..
siapa yang tak happy tengok perkembangan positifnya..
tak bawa balik Seremban... jadi peneman kami di rumah kayangan disini.. boleh belek hari-hari
selepas 10 hari
hari-hari belek dan snap dari pelbagai sudut... pandangan sisi
Pandangan hadapan yang sudah berkembang...
baunya hmmm nyaman... puas menahan nafas tamo foto kasi goyang...:)
uniknya bunga ni SS :)
BalasPadamunik bunga ni tapi tetap cantik.. subhanallah.. :)
BalasPadamCantik dan wangi pula..itu yang best tu..
BalasPadamMemang, nampak unik sangat bunga ni...
BalasPadamIndahnya! Jadi ingin menanamnya.
BalasPadamSeronok dapat tengok di pelbagai sudut.
BalasPadamBunda suka senja merah dan bunga ulam raja...
BalasPadamAlhamdulillah, sy dapat pokok ini tanpa sengaja, ada 3 pokok strophantus gratus mereka jual ( rose alamanda) sy beli semua, bagi hadiah utk kakak, bunganya harum lembut
BalasPadam